"HAQEEM malaslah nak bercinta sekarang ni. Tak ada seorang pun perempuan yang kena dengan hati Haqeem ni. Tak ada sesiapa pun yang layak jadi belahan hati, Haqeem." bebel Haqeem bersama dengan ayat puitisnya. Siap buat mimik muka kecewa yang melampau.
"Sampai bila? Haqeem, umur kamu tu dah nak masuk 31 tahun. Mana ada perempuan minat kalau lelaki dah tua." getus Puan Zainab sambil membuat wajah cemberut melihatkan sikap keras kepala yang ditunjukkan oleh Haqeem.
"Ada je. Pusing-pusing satu dunia pun, Insha-Allah Haqeem akan jumpa Najihah balik. Instinct Haqeem kuat, mak." kata Haqeem yakin. Sukar benar rasanya hendak memujuk hati ini bagi menerima hakikat yang Najihah berkemungkinan sudah mempunyai keluarga. Namun, separuh lagi hatinya berkeras mengatakan yang Najihah masih solo. Entahlah, ego mungkin.
"Muhammad Haqeem bin Muhammad Rizal, kamu sedar tak yang kamu dah solo selama tiga tahun? Mak tak nampak apa-apa perubahan pun pada kamu walau sedikit pun. Bekas teman wanita kamu tu entah-entah dah kahwin dan dah ada anak pun." kata Puan Zainab. Bukan berniat untuk meruntuhkan semangat Haqeem, tetapi mahu anaknya menerima kenyataan.
Sudah lama mereka berpindah dari kampung ke Kuala Lumpur. Ini bermakna, sudah tiga tahun mereka tidak tahu khabar berita keluarga Tok Wan disana. Najihah balik, ke? Najihah dah kahwin ke? Macam mana majlisnya berlangsung? Gilang-gemilang dan meriah? Haih, pilu hati bila memikirkannya.
Haqeem tersentak apabila mendengarkan kata-kata Puan Zainab yang sangat rawak itu. Habis terluka dan rabak hatinya mendengar. Dia kekal solo selama tiga tahun ini memang sebab dia masih menantikan kehadiran Najihah. Gigih, ya.
"Apalah mak ni. Patutnya mak doakan Haqeem dapat jumpa semula dengan Najihah dan doakan semoga dia solo, tak ada sesiapa lagi ataupun dah putus tunang dengan si Haziq tu. Mak pergi doakan dia dah kahwin buat apa. Tak membantu langsung." Kata Haqeem seraya membuat muka cemberut.
Hana yang muncul entah dari mana segera menampar lengan Haqeem dengan kasar, "Haqeem, mulut tu! Cubalah kamu doakan yang baik-baik untuk Najihah. Sekalipun kamu nak dia jadi milik kamu semula, doakan semoga kamu dan dia ada jodoh. Dipertemukan dimana-mana. Pergi doakan Najihah putus tunang buat apa? Tak baiklah!" bebel Hana.
"Betul tu! Mak ni pun memanglah nak kamu berjumpa semula dengan Najihah. Mak pun nak kamu bersama dengan dia semula. Tapi dah tiga tahun, Haqeem. Kita dah boleh terima hakikat yang dia dah ada keluarga." nasihat Puan Zainab.
Haqeem diam tidak berkutik. Dia masih merelakan dirinya ditatarias oleh Hana dan Puan Zainab tanpa mengomel sedikitpun. Sambil Puan Zainab dan Hana menyiapkan dia untuk ke blind date tersebut, sambil itu juga Haqeem ligat berperang dengan hati sendiri.
Harap-harap Najihah solo.
Harap-harap Najihah masih rindukan dia.
Harap-harap...
... dia masih ada tempat dalam hati Nur Najihah binti Nazrin Shah.
▪️▪️▪️
Wanita yang dikenali sebagai Asha itu asyik diam sahaja sepanjang pertemuan mereka berdua sejak setengah jam yang lalu. Kalau dia betul-betul nak hilangkan bosan, dia akan tenung sekeliling kafe dan menilik jam tangannya. Kemudian, sibukkan diri dengan menjamah makanan dihadapan mata.
Sejak setengah jam yang lalu, tidak banyak soalan yang diajukan dan dijawab. Seolah-olah mereka berada dalam situasi temuduga pula. Haqeem tanya dengan sebaris ayat, Asha jawab sepatah. Sebagai contoh,
"Awak asal mana?"
"Kedah."
"Awak kerja dekat mana?"
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanficBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...