BAB 50

77 4 0
                                    

KAKI berjalan sendiri kearah wad Haziq dan Haqeem hanya menemukan kekecewaan apabila dia tidak nampak kelibat Najihah serta Tok Wan hatta Haziq sendiri didalam bilik itu. Gigih dia merapatkan kepalanya kearah cermin pintu tersebut namun hasilnya tetap sama.

Wajah yang tadinya tersenyum bahagia ingin bertemu dengan Najihah kembali monyok. Wajahnya cemberut. Dia memeluk tubuh untuk menenangkan dirinya yang hampir menghamburkan kemarahan. Nampaknya, Haziq memang sengaja buat Najihah dan Tok Wan bawa dia keluar lebih awal.

"Kau siaplah, Haziq. Kau memang saje nak tarik kemarahan aku. Kau tahu yang aku suka dekat Jihah, lagi teruk kau kawal dia untuk jaga kau yang entah siapa-siapa tu kan?" bebel Haqeem. Dia bersandar dipintu dan mata meliar merenung segenap ruang hallway wad lelaki itu.

Keluhan demi keluhan keluar perlahan dari mulutnya, "Kau pun memang tak nak jumpa aku ke, Jihah? Memang tak nak melawat aku even sekejap ke?"

"Atau dia marah sebab aku bergaduh dengan mamat tu tak?" Haqeem seperti bertarik tali dengan perasaannya sendiri. Dia rasa sesak apabila memikirkan sesuatu yang dia tidak tahu. Apa punca Najihah tidak mahu melawatnya? Kenapa Najihah pulaukannya sebegini rupa? Atau, memang benar fakta yang Najihah sukakan Haziq dan sakit hati apabila Haqeem bergaduh dengan Haziq?

Haqeem tidak dapat berfikir apa-apa, lalu dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan kasar. Serabut!

Hana yang nampak akan kelibat adiknya di wad Haziq hanya diam tidak berkutik. Jauh dalam sudut hatinya, dia memang kasihan akan adiknya sendiri. Sebagai seorang kakak, dia yakin yang adiknya itu normal melalui jawapan yang dia terima semalam. Tapi dia yakin, itu tidak akan mampu memadamkan segala prasangka buruk Najihah tentang Haqeem.

Malah, Najihah sendiri mempersoalkan sama ada Haqeem itu gay atau tidak dan Hana tiada jawapan ketika itu. Ditambah lagi dengan Haqeem yang tidak tahu akan dirinya kini dijadikan sebagai alat eksperimen untuk kajian Najihah. Seandainya dia tahu, apa yang akan terjadi? Mampukah Haqeem terima dengan hati terbuka?

Hana mahu beritahu Haqeem tetapi dia juga takut akan merisikokan kajian universiti Najihah. Dia sudahlah tidak dapat masuk kemana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT), kemudian hendak meranapkan kerja orang?

Tidak perlulah dia merisikokan diri sendiri.

"Haqeem." panggil Hana. Dia menghampiri adiknya yang masih termenung melayan perasaan dirinya sendiri.

Haqeem pantas menoleh mencari arah suara tersebut, "Kenapa akak datang sini? Qeem tak buat apa pun. Tengah jalan-jalan lepas tu macam sakit kaki, itu yang sandar dekat depan bilik ni. Hehehe."

Hana memegang bahu Haqeem untuk menenangkan hati adiknya yang sangat jelas dia sedang gundah-gulana. "Haziq tu tetamu Jihah. Mesti dia kena layan baik-baik. Nanti bila Haziq dah baik sikit, mesti Najihah datang melawat Haqeem pula. Haqeem janganlah rasa sakit hati atau kecil hati dengan Jihah. Kita kena letak diri kita dalam situasi juga, okey?"

Haqeem tersenyum pahit dan menepuk perlahan tangan Hana, "Qeem, okeylah. Siapa kata Haqeem terasa dengan Jihah? Haqeem tahu dia sibuk. Siapalah Haqeem dekat Najihah kalau nak dibandingkan Haziq, kekasih hati dia tu kan? Nanti apa orang luar akan fikir pasal dia kalau dia melawat Haqeem, kan?"

Hana tersenyum nipis, "Kamu kata kamu okey. Lepas tu, ayat hujung tu dah macam bunyi orang merajuk pula. Kamu merajuk ke?"

Haqeem menggeleng. Ish, kenapa pula dia nak merajuk pada seseorang yang bukan miliknya. Menagih kasih dan harapan pada Najihah agar memberi perhatian pada dia yang bukan sesiapa. Lainlah Haziq. Tok Wan pun tahu akan kewujudan Haziq disamping Najihah. Haziq bakal menjadi separuh dari keluarga Najihah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now