BAB 21

81 12 0
                                    

"NAK letak dekat mana ni?" soal Haziq yang bersedia dengan meja plastik dalam pegangan. Berpeluh-peluh bajunya kerana sibuk mengangkat semua meja dan menyusun kerusi sejak mereka sampai beberapa jam yang lalu. Tiada langsung masa untuk dia berehat. Kalau ada pun, hanyalah ketika dia ingin membasahkan tekak.

Najihah memegang dagunya, "Kita letak berhampiran pokok-pokok bunga tu. Kita akan susun dari tepi, kemudian tengah sehinggalah bahagian pagar yang menjadi sempadan rumah jiran tu."

Haziq mengangguk dan dalam hati dah merungut. Dia datang sini sebab nak mengambil hati Najihah dan mengajak dia berjalan-jalan. Bukan menjadi kuli tidak berbayar disini. Najihah ini pun satu, apahal yang rajin sangat? Bukan majlis dia pun.

Najihah dan Haziq sudah bersedia untuk mengangkat meja itu. Secara tiba-tiba, tubuh Najihah ditolak kasar oleh Haqeem.

"Haqeem?!" getus Najihah. Terkejut Najihah apabila tubuhnya ditolak dengan kasar seperti itu. Kalau dia terjatuh dan terkena meja buffet tadi, memang boleh bawa bergaduh!

"Sorry not sorry." balas Haqeem. Haziq yang tidak bersedia agak terkejut apabila meja itu diangkat dengan kasar dan ditarik laju sehingga ke tempat yang diarahkan Najihah tadi.

"Sis- eh, bro apa masalah ni? Kenapa tiba-tiba nak naik angin dan buat hal dekat sini?" getus Haziq. Berang apabila dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Memang dasar tidak tahu malu dan tidak kenal erti hormat-menghormati.

"Kau memang tak ada orang dah ke nak minta tolong? Aku rasa berlambak lelaki dekat sini, kenapa mesti dia? Dia kan perempuan?" marah Haqeem. Najihah tergamam melihat tingkah Haqeem yang dirasakan sangat berbeza dari yang dia kenal. Ini bukan Haqeem yang baru tapi, ini Haqeem dia yang dulu!

"Haqeem, mama saya yang suruh dia tolong saya. Saya pun kena tolong dia sebab dia tetamu dekat sini. Kenapa awak nak marah-marah ni? Awak tak malu ke dengan orang sekeliling?" soal Najihah. Sedaya-upaya, dia cuba untuk menghentikan drama sebabak yang terjadi.

"Aduhai, si pondan ni jaranglah tak buat hal. Kalau kau datang sini semata-mata nak buat kacau majlis orang, baik kau balik sajelah pondan!" halau Arif. Rasa macam nak ketawa berguling-guling atas lantai melihat Haqeem secara tiba-tiba ingin menjadi hero tanpa sebab.

"Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba nak marah orang. Kau dah start period ke hari ni? Weh, risaulah jantan tiba-tiba datang bulan." tambah Nazuhairi yang sedari tadi duduk bersebelahan Arif. Kalau dapat membahan orang, memang Nazuhairi akan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Haqeem yang menyedari akan keterlanjuran sikapnya terus tertunduk malu. Betul juga, mengapa tiba-tiba dia berasa sangat cemburu melihat Najihah rapat dengan lelaki lain? Bukankah hatinya memang sentiasa membenci gadis itu? Gadis itu adalah punca kepada perubahan sikapnya.

Tidak mungkinlah kerana sebuah kotak yang berisi barangan farmasi berjaya melenturkan kerasnya hati Haqeem. Tidak mungkin!

"Kalau betul awak masih marah pada saya tentang peristiwa semalam dan sebelum ni, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak buat awak sakit hati sampai macam ni sekali. Isu semalam pun saya dah selesaikan dengan meminta maaf dan sekotak buah tangan, tapi saya tahu tu semua tak memadai. Saya minta maaf sekali lagi." ucap Najihah. Suaranya diperlahankan supaya Haqeem sahaja yang bisa mendengarnya.

"Sekalipun awak benci pada saya, tolong jangan rosakkan majlis ni. Saya merayu dengan awak ni, Haqeem. Tolong jangan malukan saya." pujuk Najihah.

Tolong jangan malukan saya.

Aku malukan dia? Dia rasa tingkah aku untuk melindungi dia adalah sesuatu yang memalukan? bisik hati Haqeem.

Hati Haqeem terasa sungguh bercelaru. Dia dilanda keserabutan yang sangat menyesakkan dada. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada hati ini benar-benar ikhlas menerima Najihah atau sekadar sakit hati tentang peristiwa lampau.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now