BAB 60

105 8 0
                                    

HARI raya Aidilfitri bagi semua umat Islam yang berjaya berpuasa selama satu bulan itu diraikan dengan begitu meriah sekali. Begitu ramai remaja yang mengikuti langkah ibu bapa mereka untuk menunaikan solat sunat raya. Kemudian, ada ahli keluarga yang lebih senang untuk berada dirumah bagi menyiapkan juadah hari raya seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan pelbagai lagi jenis lauk. Begitu meriah tetapi tidak buat individu bernama Muhammad Haqeem bin Rizal itu.

Kejadian yang terjadi seminggu lalu menjadi luka paling parah buatnya. Berhari-hari dia memendam rasa, setiap malam dia berendam air mata. Dia mungkin sudah berjaya menjadi lelaki, namun hatinya tetap lembut. Lebih-lebih lagi apabila dipermainkan oleh gadis yang dia cintai dan sudah berjanji untuk menjadikannya sebagai isteri.

Dengan baju tshirt yang dipadankan bersama seluar trek, dia berbaring santai diatas sofa. Matanya kekal merenung kaca televisyen tetapi hatinya, jiwanya dan fikirannya melayang jauh dari tubuh. Dia murung dan masih bersedih hati.

Kemudian, Haqeem mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas meja. Dia membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat barangkali ada yang menghantarnya mesej. Mungkin nak suruh masak buffet untuk rumah terbuka atau suruh buka kedai sebab rindukan masakannya. Mungkin.

Tidak semena-mena, mata Haqeem jatuh pada peti mesej dari Najihah yang sudah ditinggalkan sejak seminggu yang lalu.

You
Saya nak kita putus.

Mesej penuh kesakitan itu dibiarkan begitu sahaja. Meskipun begitu, Haqeem cukup tahu bahwa Najihah sudah membacanya cuma belum punya cukup kekuatan untuk membalas dan membahas isu tersebut. Mungkin juga Najihah mengandaikan bahawa Haqeem masih memerlukan masa untuk pulih dari luka penuh berdarah ini.

Namun, hati Haqeem keras. Kaku. Teguh dengan jawapannya. Dia pasti dan dia tidak akan berpaling lagi. Digunakan oleh Najihah semestinya tidak pernah terlintas dalam benak fikiran Haqeem. Dia tidak menyangka gadis yang sentiasa dianggap mempunyai niat ikhlas untuk membawanya kearah kebaikan itu sebenarnya menggunakan dirinya untuk gelaran Dr (doktor) yang dikejarkan sangat itu.

Apa hebat ke dapat jadi pensyarah?

Apa hebat sangat ke dapat gelaran prof atau doktor itu?

Ya, Haqeem cukup tahu ianya memang hebat. Hebat sangat dapat semua itu dengan kebodohan dirinya. Sakit hatinya masih belum hilang lagi.

"Sudah-sudahlah tu mengenang benda yang dah tak ada, Haqeem. Orangnya pun dah balik ke tempat asal dia semula. Memang bagus pun dia kena macam tu. Memang bagus pun perbuatan busuk dan khianat dia tu dibongkarkan depan semua orang macam tu. Mak memang tak berkenan langsung bila kamu kata, kamu ada niat nak bertunang dengan dia. Ish! Tak mahulah mak bermenantukan perempuan tak malu macam tu." bebel Puan Zainab.

Haqeem hanya mengeluh mendengar kata-kata Puan Zainab. Dia menutup telefonnya dan diletakkan diatas meja.

"Haqeem nak masuk bilik dululah. Nak tidur. Kalau ada orang datang nak beraya dan mak perlukan bantuan, kejut sajelah Haqeem ya. Kalau Muaz datang, kejut saje." balas Haqeem, lemah. Mendatar sahaja suaranya dan langsung tidak membalas persoalan Puan Zainab.

Haqeem dengan lembik melangkah masuk kedalam bilik. Agak pelik apabila orang nak tidur pada jam 10 pagi di hari raya. Sungguh anehlah.

Puan Zainab hanya menjeling Haqeem dengan ekor matanya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung keatas sofa. "Apalah yang anak aku tu sibuk pandang pada budak tu sampai hidup sendiri pun tunggang-terbalik. Dah macam mayat hidup dah aku tengok. Mabuk cinta memanglah macam tu, lepas tu bila dah terkena, terus jadi tak keruan." bebel Puan Zainab.

Telefon Haqeem yang berada diatas meja itu menarik perhatian Puan Zainab. Lantas, laju sahaja tangannya mencapai objek elektronik tersebut. Asalnya hendak memeriksa mesej keluar dan masuk. Namun begitu, lockscreen wallpaper Haqeem membantutkan segalanya.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now