BAB 19

83 10 2
                                    

"JIHAH sebenarnya tengah buat survey tentang lelaki lembut. Dan, urm, Ji-Jihah..." serba salah Najihah hendak menyambung ayatnya. Takut Hana terasa hati.

"Kamu nak jadikan Haqeem bahan survey kamu ke?" tebak Hana. Sempat dia melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan Najihah.

"Ya. Tapi kak, Jihah janji yang Jihah tak akan sakitkan hati Haqeem. Jihah janji yang Jihah akan jujur dengan Haqeem tentang rancangan Jihah ni. Tapi bukan sekarang masanya. Dan, Jihah buat semua ni pun bukan untuk benda yang suka-suka. Jihah buat sebab Jihah nak ubah Haqeem. Jihah nak kembalikan Haqeem yang lama." tekaan Hana betul. Sepantas kilat, Najihah menyatakan hasratnya. Dan secepat mungkin dia membetulkan ayatnya agar lebih sedap didengari.

"Encik Nazrin mesti individu yang cadangkan Haqeem pada kamu, kan? Kalau tak, kamu mesti tak akan balik ke sini saje-saje. Kamu balik sini sebab nak dapatkan dia untuk survey ni, betul tak?" Hana menyoal dengan suara yang lembut.

"Jihah minta maaf, kak. Jihah buat semua ni secara rahsia sebab Jihah tahu kalau Jihah jujur, Haqeem tak akan setuju. Ini akan menyukarkan lagi rancangan Jihah untuk ubah Haqeem."

"Sejujurnya akak tak kisah sebab akak faham niat kamu tu baik. Cuma, jangan terlalu lama merahsiakan semua ni. Akak risau kalau Haqeem tahu nanti, semua benda akan porak-peranda. Kalau kamu dan dia masih bergaduh sampai ke sudah, akak memang tak kisah. Ini bermakna, Haqeem memang inginkan dirinya begitu. Tanpa ada sesiapa yang masuk campur. Tapi kalau kamu berjaya ubah dia, rapat dengan dia tapi tak bagitahu sampai ke akhirnya, percayalah cakap akak, dua-dua akan terluka. Peganglah cakap akak ni." pesan Hana.

"Jihah faham tu, kak. Jihah janji, Jihah akan mengakui semuanya bila tiba masa yang sesuai." ucap Najihah.

Hana mengangguk, "Akak izinkan kamu jadikan Haqeem bahan untuk survey kamu dan akak juga ada untuk menyokong."

"Terima kasih sekali lagi, kak Hana." ujar Najihah. Dia memegang tangan Hana dengan erat sebagai tanda berterima kasih.

"Eh, kau cakap apa tadi?" soal Puan Zainab. Tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana.

"Mak." Hana memanggil.

"Kau ingat aku tak dengar yang kau nak gunakan anak aku untuk survey bodoh kau tu? Aku tak tahu apa niat kau untuk jadikan anak aku bahan ujikaji, tapi aku nak kau tahu, anak aku bukan alat untuk kau mainkan dan bodohkan dia macam orang tak ada otak. Aku tak izinkan. Jangan kerana kepentingan diri kau, masa depan anak aku musnah. Kau pergi dari sini sekarang." tegas Puan Zainab berkata.

Semua pelanggan yang berada disitu tertoleh-toleh untuk melihat adegan sebabak itu.

"Mak, Jihah buat semua tu untuk kebaikan Haqeemlah. Dia nak ubah Haqeem jadi lebih baik." kata Hana.

"Heh, dia nak ubah adik kau tu jadi lebih baik. Dia siapa? Dia Tuhan ke? Adik kau tu dah ditakdirkan macam tu. Aku sebagai mak dia dah boleh terima, kau sebagai orang asing ni tak payah sibuk hal keluarga aku." marah Puan Zainab sambil menolak bahu Najihah dengan kasar.

"Haqeem takkan jadi macam tu kalau dia tak dibentuk dari orang yang salah." Najihah berkata dengan berani.

"Kau cakap apa perempuan?!" panas telinga Puan Zainab mendengarnya.

"Makcik jangan ingat yang saya tak tahu tentang niat makcik jadikan Haqeem macam tu. Makcik sokong dia kearah yang salah. Makcik buat semua tu walaupun makcik tahu tu semua salah disisi undang-undang dan agama kerana duit. Saya tahu semua tu. Banyak desas-desus yang saya dapat tentang makcik. Sekarang pun, saya boleh telefon Haqeem dan beritahu perkara sebenar pada dia." ugut Najihah.

Bukan dia tidak pernah mendengar cerita tentang Puan Zainab dan Haqeem dari orang kampung disitu. Hatta, Mak Mah, Tok Wan, Naim dan Nazimah pun bercerita perkara yang sama.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now