BAB 63

91 6 0
                                    

"JIHAH nak bertunang hujung bulan ni, jadi kami memang balik ni memang sambil menyelam minum air. Sambil beraya, sambil tu nak beritahu tentang Najihah." ujar Puan Haliza. Dia merenung anak mata semua ahli keluarganya yang berada dihadapan mata.

Pak Su dan Mak Su yang sememangnya tahu akan hubungan Najihah dan Haqeem terus sahaja memandang muka satu sama lain. Terdetik dalam hati mereka tentang bagaimana Najihah boleh berubah hati dengan begitu pantas. Rapat hampir beberapa bulan, bercinta baru seminggu dan putus. Kemudian, Najihah bertekad untuk menerima pinangan orang lain.

Encik Nazrin yang memahami akan suasana kekok yang tercetus pantas sahaja menyelamatkan keadaan, "Semua janganlah risau. Dulu memang Jihah kena paksa dengan mamanya untuk bertunang dengan budak Haziq tu sebab Abang Long fikir budak tu nakal dan suka mainkan hati perempuan berdasarkan dari apa yang ayah Haziq sendiri cerita. 

Tapi, it turns out semua tu cerita lama. Haziq dah lama tinggalkan semua tu sebab nak fokus dengan kerja dia. Biasalah, kerja bawah orang memang tak boleh bawa main. Kemudian, Kak Long tanya sendiri pada Jihah kalau dia tak nak terima Haziq memang tak ada masalah pun. Mulanya nak acah-acah mengugut, lepas tu Jihah sendiri yang setuju."

Tok Wan yang masih lagi duduk dikerusi mengangguk perlahan mendengar cerita dari anak dan menantunya. "Kenapa Jihah tak nak balik? Bukan ke senang kalau kita dengar sendiri dari mulut dia? Atau, dia marahkan ayah?"

Puan Haliza menggeleng laju, "Tak ayah, tak! Jihah cuma nak bagi peluang kepada ayah untuk redakan fikiran sebab dia masih rasa yang ayah marahkan dia pasal apa yang dah jadi minggu lepas. Dia tak nak buat kecoh lagi dan rosakkan mood raya semua orang." Puan Haliza bergegas memberikan jawapan jujur.

"Tapi, tak ada Kak Jihah macam lagi bosan saje." Naimah mengeluh perlahan. Dia cukup merindui kakak saudaranya yang agak riuh dan kepoh itu tapi hatinya sangat baik. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi tapi apa yang pasti, ia sudah tentu perkara yang serius sampai Najihah tidak mahu pulang beraya dikampung.

"Betul tu. Padahal Kak Jihah tu selalu main dengan kitorang. Dia sibuk mana pun, dia memang rajin bawa kitorang jalan-jalan keliling kampung." keluh Nazim pula.

Encik Nazrin menampal senyuman tawar pada wajah. Situasi sangat tegang dan sukar rasanya hendak diselesaikan. Tambah-tambah lagi bila ia melibatkan keluarga lain juga, "Nanti masa Kak Jihah nak kahwin, kamu berdua datanglah. Kak Jihah tu okey saje. Dia pun rindu anak-anak saudara dia."

Nazim dan Naimah mengangguk memahami dan agak lega usai mendengar jaminan penuh keyakinan dari bapa saudara mereka itu.

"Ayah tak marahkan dia, ayah cuma kecewa. Tapi, tak adalah sampai tak nak tengok muka dia langsung. Jihah pun sangat membantu dekat sini. Dia datang memang bawa seri dalam rumah ni, tak adalah sunyi saje." jujur Tok Wan berkata. Hatinya rindu pada Najihah tetapi tidak menyangka Najihah merasa serba-salah sehingga tidak mahu jejakkan kaki ke kampung.

"Betullah tu, budak tu memang kekok buat kerja rumah tapi rajin." puji Mak Su. Selalu juga Najihah datang dan bantu dia jagakan anak-anaknya sementara dia pergi melakukan kerja rumah dan sebagainya. 

Tidak dinafikan, kehadiran Najihah dikampung itu sedikit sebanyak memberikan seri kepada mereka sekeluarga. Bukan sahaja rajin membantu malah peramah orangnya dengan orang kampung. Gemar membantu di surau, menabur khidmat bakti tentang mekap kepada gadis-gadis dikampung ini dan paling penting sekali berjaya mengubah Haqeem serta Muaz.

Pak Su tersenyum nipis, "Kalau kita pun boleh rasa macam sedihnya hilang dia di pagi raya ni, macam manalah dengan budak Haqeem tu..."

Ketika nama Haqeem disebut, Encik Nazrin mengangkat muka yang tadinya sibuk merenung ketupat dan juadah lain diatas meja makan. Kata ayahnya, semua itu adik bongsung yang masak dan dibantu oleh Naimah serta Nazim.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now