BAB 5

106 13 0
                                    

LUKA yang masih lagi berdarah disapu dengan iodin serta krim sapu agar luka itu dapat sembuh dengan sekelip mata.

Tolonglah sembuh, wahai luka. Dia dah serupa nyawa-nyawa ikan bila air terkena luka itu ketika dia mandi dan basuh tangan. Peritnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

"Macam mana dengan luka kamu tu?" soal Encik Nazrin. Dia melabuhkan punggung disebelah anak perempuannya.

"Sakit jugalah. Azab betul bila nak mandi tadi." adu Najihah. Dengan penuh berhati-hati, dia melekatkan kapas pada lukanya sebelum dilekatkan dengan kain kasa. Ini pun satu azab juga bila kapas melekat, terasa kulit pun ikut melekat sama.

"Ini mesti kes kamu bergelut dengan peragut tadi kan? Sepatutnya kamu lepaskan saje barang kamu. Sayangkan nyawa dulu, baru kisah pasal barang." pesan Encik Nazrin.

"Jihah kenalah lawan, papa. Kalau tak, percuma saje peragut tak guna tu dapat barang-barang Jihah." getus Najihah. Cis, duit serta telefon pun dah hilang. Memang tidak dapat teruslah jawabnya.

"Katakanlah kamu berani sangat nak lawan, lepas tu peragut tu keluarkan pisau dan toreh tangan kamu. Itu satu hal pula nak kena berjahit tangan. Kamu suka ke?"

Ketakutan jelas terpancar pada riak wajah Najihah. Kalau luka pun dah azab, inikan pula toreh. Memang hospital adalah tempatnya sekarang.

"Ish, papa ni." getus Najihah. Barangan perubatan yang dibekalkan oleh pihak klinik siang tadi, diletakkan diatas meja kopi.

"Apa barang kamu yang hilang?" soal Encik Nazrin.

"Telefon, duit dan kad kredit. Kunci kereta memang dah ada dalam poket Jihah. Selamatlah juga." kata Najihah. Kereta itu adalah harta yang paling penting untuk dia.

Kalau kereta itu hilang, kepalanya pun pasti akan hilang juga.

"Lain kali, jangan buat macam tu. Kalau mereka nak, bagi saje. Terkejut juga papa bila dapat tahu kamu telefon guna nombor asing dan beritahu yang kamu berada di klinik." jantungnya bagai nak luruh apabila Najihah beritahu yang dia telah diragut siang tadi.

Siapa tak sayang anak, kan?

Najihah hanya senyum. Dia ada dihadapan papanya ketika ini pun dah berikan ketenangan yang luar biasa.

"Siapa yang hantar kamu ke klinik?" soal Encik Nazrin.

Soalan Encik Nazrin buatkan fikiran Najihah melayang memikirkan lelaki bernama Emma siang tadi.

"Ada lelaki lembut yang tolong hantarkan Jihah pergi klinik. Kebetulan, dia ada disitu dan nampak Jihah rebah depan pejabat papa lepas kena ragut. Itu yang dia, urm, selamatkan."

Selamatkan? Apalah yang kau merepek ini, Nur Najihah binti Nazrin Shah? Sejak bila si lembut itu selamatkan kau?

Dia nak acah hero sahaja depan CCTV pejabat papa. Tidak berguna langsung. Kalau aku jumpa lagilah dengan mamat itu, memang habis aku ganyang sampai lunyai!

"Lelaki lembut?" soal Encik Nazrin.

Dalam hatinya terdetik, Haqeem ke? Dia sahaja lelaki lembut yang datang ke pejabatnya tengahari tadi. Kalau ya, terserlahlah kelelakian Haqeem. Oh Rizal, anak kau dah jadi penyelamat anak perempuan aku.

"Ya, lelaki lembut. Namanya Emma." balas Najihah, selamba.

"Oh, itu pekerja papa. Dia bekerja secara kontrak sebagai jurumekap disitu dan hari ini adalah hari terakhir dia sebelum dia pulang ke kampung. Papa tak sangka dia selamatkan kamu." kata Encik Nazrin.

"Kenapa? Selama ni, dia tak pernah selamatkan orang dan pentingkan diri ke?" soal Najihah. Bertalu-talu soalan negatif keluar dari mulutnya.

"Bukan macam tu. Dia kan terkenal dengan sikap feminin dia yang membawa kepada perubahan fizikal atau dalam erti kata lainnya, mak nyah. Biasanya, mak nyah macam tu bukan suka dengan perempuan. Itu yang papa terkejut dia sukarela selamatkan kamu."

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now