BAB 16

82 11 0
                                    

SUASANA aman yang indah memberikan satu perasaan yang tenang untuk sesiapa yang ingin beriadah. Pada petang itu, Najihah ingin membawa adik-adik saudaranya berjalan disekitar kawasan kampung. Dia pun sunyi juga bila terlalu lama berada dalam rumah. Sunyi dan gelisah memikirkan drafts untuk overview tesis yang masih belum siap.

Dengan keadaan Najihah yang runsing memikirkan nasibnya yang berada dihujung tanduk, hadir pula Mak Mah iaitu ibu Naimah dan Nazim yang seronok memberitahu berita gembira.

Kata Mak Mah, dalam minggu ini, dia ingin mengadakan sebuah majlis doa selamat dan akikah untuk anaknya yang baru sahaja lahir. Mak Mah mahu Najihah hadir untuk memeriahkan suasana. Cis, memeriahkan suasana atau menghulurkan bantuan. Aduh, pening.

Oh lupa pula dia nak beritahu, ketika dia balik ke sini, Mak Mah memang dah sarat pun.

Mungkin sebab itulah, dia dapat bertanya khabar Najihah yang baru tiba melalui telefon sahaja. Nak bawa perut yang semakin membesar kehulur dan kehilir, memang susahlah jawabnya. Walaupun rumah Tok Wan cuma terletak sedepa sahaja dari rumah Mak Mah.

Najihah pula sudah berura-ura ingin pulang ke Kuala Lumpur dalam minggu ini juga. Namun harapannya meleset usai mendengar perancangan Mak Mah itu. Baru nak merungut tapi bila memikirkan Encik Nazrin dan Puan Haliza yang semestinya hadir, buatkan Najihah menarik kembali rungutan itu.

Sebab, dapatlah dia menumpang tambang balik ke Kuala Lumpur tanpa mengeluarkan walau satu sen! Yahoo, gembiranya hati!

Trutt.. trut.

"Kak Jihah, siapa telefon tu?" soal Nazim.

Lamunan jauh Najihah terus sahaja menghilang pergi. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit yang berada didalam poket. Patutlah terasa bergetar seluruh badan seolah-olah duduk diatas kerusi Ogawa. Rupanya, telefon yang bergetar minta diangkat.

"Boyfriend call pun tak perasaan. Fikir apalah agaknya tu." usik Naimah.

"Rindu sangatlah kut." tambah Nazim pula.

"Eh, Kak Jihah mana ada boyfriend. Kalau korang cakap macam tu lagi, no cendols." ugut Najihah.

"Mana boleh tarik deal macam tu saje. Itukan jaminan contract kita masa kitorang teman Kak Jihah pergi basuh kereta hari tu. Buruk siku betul." getus Nazim.

"Ha'ah. Dahlah lama Kak Jihah gantung upah kitorang. Dah hampir dua minggu." tambah Naimah, mencebik.

"Hek eleh, kuat play victim korang ni." ujar Najihah. 

Mata Najihah kembali fokus pada skrin telefonnya. Tertera nama Haziq sebagai gerangan yang memanggil. Nak biarkan, macam berdosa besarlah pula sebab cuba untuk memutuskan silaturrahim. Kalau jawab nanti, Haziq bertanya macam-macam.

Eh tapi, selama dua minggu ini memang Najihah tidak membalas hatta menjawab panggilan Haziq pun. Sekarang baru terfikir tentang rasa bersalah? Apa pelik sangat perangai ini, wahai Najihah.

"Jawablah, kak. Bising betul telefon tu menjerit-jerit." kata Nazim.

Najihah mengangguk sebelum tangan lambat-lambat menjawab panggilan Haziq.

"Assalamualaikum, Jihah? Ya Allah, kenapa lama sangat awak tak jawab panggilan saya? Lama tau saya nak tunggu awak jawab. Saya mesej pun, langsung awak tak balas. Saya sangat-sangat susah hati. Awak okey tak dekat sana? Panas ke? Berpasir tak? Selesa ke? Awak, jawablah." gesa Haziq. Bertubi-tubi soalan diajukan.

"Waalaikumusalam, Haziq. Macam mana saya nak jawab kalau awak tanya soalan bertubi-tubi macam tu? Cuba perlahan-lahan. Bukan saya nak campak pun telefon ni masuk dalam sawah." getus Najihah. Menyesal pula dia jawab panggilan Haziq.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now