Erin yang sedang leka membuat kerja terbantut apabila pintu bilik pejabatnya dihempas kuat.Bam!
Erin melihat ke arah gerangan yang menghempas pintu nya tadi. Dia mengeluh. Celaka dah datang..
"Yow Erin" sapa lelaki itu mesra. Erin melihat kerjanya yang tergendala tadi. Menyampah tengok mamat France ni.
"Erin..." panggil lelaki itu meleret. Lengan Erin yang berlapik baju putih itu dicuit sedikit.Erin membuat muka geli. Ni anak sape sesat ni? Tolong kutip balik.
"Pe??" Balas Erin malas. Semalaman dia melayan mamat pondan ni. Naik muak aku.
"Jom teman aku pergi lunch jap. Bella sibuk lahh" Kata Calvin.
Calvin adalah seorang headhunter dalam kumpulan Black Rose. Manakala Bella adalah hacker. Mereka sudah dilatih oleh Erin sendiri. Mereka juga kagum dengan Erin, pada usia 18, Erin sudah mempunyai cafe,restorant dan syarikat sendiri.
"Kau pergi lah sendiri. Nak kata lembik kang marah pulak, nak kata kuat nanti sombong nak mampus" bebel Erin.
"Alah..plisss..my baby bucuk-bucuk rawr haha" pujuk Calvin. Dia membuat muka seperti baby. Pada pandangan Erin muka Calvin macam babi. Hohoho
"Baby-baby.. babi kau!" Balas Erin.
"Ala--" kata-kata Calvin terhenti apabila ketukan pintu Erin berbunyi.
Tok! Tok!
"Masuk" kata Erin sepatah.
Seorang lelaki yang memakai hoodie kelabu melangkah dengan bangganya ke arah Erin tanpa mempedulikan Calvin. Cewahh..
"Kacau line betul lah beruk ni" Kata Calvin selamba. Lelaki itu memandang tajam ke arah Calvin. Calvin mengendahkan lelaki itu.
"Kau nak apa datang sini Jay?" Kata Erin kepada Jay. Atau nama sebenarnya Jayden. Jay merupakan Silent Killer di dalam kumpulan Black Rose. Muka dingin tapi ermm ada sedikit kebodohan di situ haha.
"Aku datang sini nak bagi tahu good news"
"Apa die??"
"Markas dekat Itali kene serang oleh Eagle"
Erin terlopong. Macam tu ke good news. Eii ni yang nak kene sesuatu ni. Calvin menepuk dahi.
'Anak beruk mane sesat ni?'
Pang!
Pipi Jay yang putih kini merah ditampar Erin. Amik kau!!.
"Kau pehal do tampar aku" Kata Jay sambil menggosok pipi.
"Kau tu pehal! Kalau dah tahu markas tu kene serang hantar lah budak suruh settle. Yang kau kata good news tu dah kenapa? Kang dah kene tamparan sulung aku tu" Bebel Erin panjang. Kini,suasana bilik itu sunyi. Sepi.
Krik! Krik! Cengkerik tumpang lalu..
Calvin yang berasa janggal itu terus berdiri. Berura-ura ingin pergi.
Pap!!
Meja ditepuk kasar. Mata Erin kini berubah. Hitam. Calvin yang ingin melangkah satu kaki kaku di situ seperti digam.
'My God..Queen dah datang..'
Jay melihat Calvin. Dia seperti merayu dekat Calvin. Tapi apakan daya, Calvin langsung tak membantu.Sedingin-dingin dia, ada jugak rasa takut bila Queen datang. Setakat Erin, semua masalah akan settle. Tiada orang yang boleh redakan kemarahan Queen kecuali orang itu betul-betul istimewa.
"Aku kira sampai tiga. Kalau aku tak dengar lagi good news dekat Itali tu, aku takkan beri korang gaji bulan ni" Tegur Queen perlahan-lahan tetapi seram.
YOU ARE READING
She's My Maid (c)
Teen FictionCOMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai perwatakan yang berbeza. Erin juga adalah usahawan yang berjaya...