10 tahun kemudian...
"Astarghfirullah. Ya Allah anak aku! " jerit Erin apabila dia melihat anak lelakinya berlumuran dengan coklat dimuka. Baru sahaja dia bercadang ingin membuat kek coklat dan pergi ke tandas sekejap. Tak sangka pulak boleh jadi macam ni.
Tengku Qaisar Aryan bin Tengku Daniel Michael ialah anak pertamanya yang mencecahi 6 tahun.
"Ermmm sedapnya kek mommy! " puji Aryan.
"Amboii! Dah lah rosakkan kek mommy. Lepastu taknak minta maaf pulak. Cepat tolong mommy kalau tak mommy taknak kawan dengan aryan" ugut Erin. Aryan yang mendengar telah pucat lesi.
"Ala mommy. Aryan minta maaf, aryan janji aryan takkan buat lagi" tangan diangkat seolah-olah mengangkat sumpah. Erin yang melihat kelakuan anaknya ketawa.
"Cepat tolong mommy bersihkan dapur ni. Nanti kita buat yang baharu" kata Erin mula menyapu coklat dimuka Aryan.
"Sama sama? Errr... Aduh. Sakitnya perut Aryan. Mommy, aryan nak pergi tandas dulu lah. Nak berak" Aryan memegang perut seolah-olah sakit. Erin mengerutkan mukanya. Selepas Erin berhenti seketika, Aryan mengambil peluang untuk lari.
"Eh Aryann!!! "
"Bye mommy. Sayang mommy muah! "
"Coklat tak hilang lagi tu! "
Gedebuk
Aryan terlanggar seseorang sehingga dia terjatuh.
"Eh Aryan? Kenapa main lari ii ni? " tegur Michael yang baru sahaja pulang dari kerja.
"Papa!!! " Aryan bangun dari jatuhnya dan meminta dipeluk.
"No hug. There's chocolate on your face. Apa yang dah jadi ni Aryan? Bagi tahu papa " muka sengaja diseriuskan.
"Aryan kacau mama buat kek coklat. " aryan main dengan hujung bajunya.
"Sebab? "
"Sebab kek tu nampak sedap! "
"Haih.. Ade ii aje anak papa ni. Aryan tahu kan mommy tu mengandung adik Aryan nanti. Kalau emosi mommy tak stabil macam mana? "
"I'm sorry pa. Kesian adik aryan. Baru aje nak makan kek coklat tu tapi aryan dah makan"
Setitik demi setitik air mata Aryan menitis membasahi bajunya."Shhhh jangan menangis papa tak suka. Aryan kan lelaki kenalah kuat sebab nak jaga mommy, papa, adik aryan nanti. Now, pergi minta maaf dengan mommy okey? " air mata disapi dengan ibu jari kasar milik Michael.
Dengan sepantas kilat Aryan berlari menuju ke dapur semula. Michael hanya tersenyum melihat tingkah laku anak nya yang amat mencuit hati itu.
Kandungan Erin dah mencecah 9 bulan. Hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan anaknya. Erin pun dah semakin gemuk sedikit akibat selera yang bertambah. Michael pula tetap tegap seperti dulu. Tiada yang berubah. Aryan pula telah menjadi pewaris untuk kumpulan mafia mereka. Sejak usia 5 tahun, anaknya telah diajar untuk mengendalikan pistol ii dan mahir dalam seni pertahan diri. Harta nya pula akan dibahagikan sama rata kepada anak ii nya kelak. Begitulah kehidupan mereka sekeluarga sekarang. Gembira setiap hari dan tidak berduka suatu hari nanti.
"Eh Aryan kenapa menangis ni? Ade orang buli ke? Siapa? Bagi mommy tembak dia guna senapang."
"Mommy.... Aryan minta maaf. Papa cakap kalau tak maafkan mommy nanti aryan masuk neraka"
"Ouhhh papa dah balik ke? " Aryan mengganguk.
"Dahlah. Bukan salah Aryan pun. Sekarang pergi cuci muka Aryan. Dah macam hantu mommy tengok" aryan mengukirkan senyuman.
YOU ARE READING
She's My Maid (c)
Teen FictionCOMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai perwatakan yang berbeza. Erin juga adalah usahawan yang berjaya...