Bab 51

249 9 0
                                    

Entah kenapa Erin menjadi lebih rajin hari ini. Dia bangun seawal 7 pagi dan berjoging di sekeliling kawasan rumahnya seorang diri. Peristiwa semalam masih berada di ingatannya. Rupa-rupanya dia masih belum dapat mengubati diri sendiri. Walaupun musuhnya telah pun tumpas semua, keadaan dirinya masih tidak stabil.

'Kau jangan ingat aku nak pergi dari kau dengan mudah. Kalau kau sendiri takboleh nak handle baran kau, aku akan tetap ada di sisi kau jika aku muncul ataupun tidak' Pesanan Kate itu masih terngiang ii di pemikirannya.

Sejak itu dia mula ingin mengawal barannya dengan baik. Kesihatan dan kecantikan perlu dijaga untuk bakal suami nanti mungkin?

Suami? Dia juga pernah terfikir akan hal itu.

Ada ke yang suka aku? Biar je lah. Aku nak merasai lagi hidup bebas.

......

Tepat jam pukul 9 pagi, Michael keluar untuk membeli sarapan untuk dia dan John.

Warung Mak Cik Rokiah menjadi pilihan. Michael memesan 4 nasi lemak dan sedikit kuih seperti seri muka, putu dan sebagainya.

"Berapa ringgit mak Cik? " Tanya Michael apabila dia sudah selesai memesan.

"20 ringgit"

Not 50 dikeluarkan dari dompet.

"Nah baki" Mak Cik Rokiah memberi semula 30 ringgit kepada Michael. Dia berlalu selepas memberi salam.

Vroom!

Kereta Nissan GTR-r34 laju membelah jalan meninggalkan kawasan itu.

........

Bang! Bang! Bang!

Kereta yang dipandu Michael terumbang-ambing. Tembakan yang dilepaskan bertalu-talu tanpa henti memecahkan cermin kereta di belakang dan tembus ke depan. Hampir mengenai kepala Michael.

Tayar kereta dua di bahagian belakang ditembak. Akibat tidak dapat dikawal, kereta Michael terbabas masuk ke dalam gaung.

.........

"Berita terkini, sebuah kereta yang dipercayai telah masuk ke dalam gaung yang berdekatan akibat tidak dapat mengawal dengan baik. Pihak polis telah mengisytiharkan bahawa punca kemalangan tersebut secara sengaja dan kecuaian si pemandu. Polis juga telah menemui kesan tembakan kepada bahagian tayar belakang. Si pemandu tersebut ialah--"

"Erinnnnnnn" panggil Maria dari bawah.

"Erin takde gi joging" balas Bella.

"Weh Ella kau tengok tak lagi berita ni. Nombor plat kereta ni sama macam Michael tau" kata Maria laju. Bella yang tidak menggemari apa ii berita berpaling ke Maria yang sedang duduk bersandar di buaian mansion Erin.

"Kau ni sies r. Macam mana kau tahu? "

"Ni. Betulkan yang Michael punya kan" Maria menunjuk gambar yang diambil dari google dan tunjuk ke Bella. Bella terlopong sambil mengganguk. Mengiyakan kata ii Maria.

"Nak bagi tahu Erin ke pasal ni? " Tanya Maria.

"Lebih baik bagitahu cepat ii. Kalau sembunyikan pun dia akan dapat tahu jugak"

"Ok. Balik dia nanti kita bagi tahu"

......

Tok tok tok

Pintu rumah itu dibuka selepas memberi salam. Kaki kanan terlebih dahulu melangkah.

"Erm.... Sedapnya bau" kata Erin.

"Yow my friend welcome back dowh" Sapa Calvin yang baru keluar dari ruang dapur.

"Siapa yang masak ni? " tanya Erin dengan mata yang bersinar-sinar.

"Helow, dekat rumah ni tak ada orang pun yang rajin memasak macam kau tau. Noh, Jayden ada beli beberapa bungkus nasi kerabu kedai depan sana. Sekarang ni, Maria dan Bella tengah hidangkan sekali dengan air milo panas" Kata Calvin.

"Tak tahu pulak aku yang bau dia boleh sampai sini" sambung Calvin lagi.

"Kau nak pergi makan dulu ke mandi dulu? "

"Aku pergi mandi dulu lah.. Bye. "

......

Erin mengenakan baju pengan pendek bewarna putih dan seluar treck putih.

"Ha... Dah sampai pun bidadari dari neraka ni" Kata Bella tersengih.

"Ko nampak tak ni? " Erin menunjukkan jari tengah kepada Bella. Gelak sakan mereka yang berada di situ.

Sepinggan nasi kerabu diberikan kepada Erin oleh Maria. Minuman pula dituangkan perlahan oleh Jayden.

"Ermmm Rin" panggil Maria. Erin yang enak menjamu selera  mendongak ke atas melihat Maria. Kening kanannya diangkat.

"Apa? "

"Kalau kita pergi hospital sekejap kau nak tak? "

"Huh? Kenapa pulak? Siapa yang sakit? "

"Kawan aku yang sakit semalam. Calvin dengan Jayden pun ada sekali. Bella wajibal runnah ikut"

"Pukul berapa nak pergi? "

"Herm, lepas solat zohor nanti kut"

"Kalau macam tu biar aku yang bawak kereta"

"Maksudnya kau ikutlah? " tanya Bella.

"Iyeeee"

"Mantap bosku" kata Bella perlahan antara dengar ataupun tidak.

____________________________________________

New Chapter𓆩☺𓆪

She's My Maid (c)Where stories live. Discover now