"Huarghhhhh" Erin menguap lebar. Jam locenv di sebelah kanannya dikerling sekilas. Pukul 6.00 pagi?! Huarghhhh ngantuk gila oii.
Baru sahaja Erin ingin terlelap kembali,bunyi telefon milik Erin berbunyi. Dia melihat gerangan si pemanggil lalu meneka butang hijau. Telefon dilekatkan di telinga menanti si pemanggil berkata.
"Rin,Kita kena pergi Malaysia hari ni jugak!" Kata Bella cemas.
"Kenapa? Haihh aku ngantuk lah. Esok tak boleh ke?"Kata Erin dengan matanya tertutup rapat."Ish kau ni. Buat aku stres je lah pagi ii buta ni!" Marah Bella di hujung talian. Erin membuat muka menyampah walaupun Bella tak boleh melihat. Ala,bukannya di nak tunjuk dekat Bella pun!.
"kau ni dah kenapa senah. Ce kata straight to the point. Ni tak,nak memekak je 24 jam. Kalah rambo nak kejut tido orang" Kali ni Erin pula yang membebel.
"Aku baru aje dapat berita dari Maria tadi yang markas dan syarikat kau kene serang!"
seperti disengat tebuan,Erin terus bangun dari baringnya. Tanpa mandi atau menukar pakaian, dia terus melangkah laju keluar dari perkarangan markasnya dan terus bergegas pulang.2 orang bodygurad markas itu gelak. Aduh,comel je bos kitorang!
.......
Bam!
pintu rumah Eein dihempas kuat sehingga dapat mengejutkan orang yang berada di dalam iaitu Bella,Jayden,Hawani dan Azimah.
"Packing barang! Kita pergi ke Malaysia" Kata Erin. Semua mata memandang tepat ke arah Erin lalu ketawa. Kecuali Hawani dan Azimah. Jaga hati lah katakan..
"Aku ingatkan mak limah mana lah tadi. Tanpa salam terus terjah masuk rumah orang" sindir Jayden.
"rumah aku jugak" Balas Erin.
"Malas lah aku layan korang. Dah ii pergi packing baju. Jay,aku nak kau beli tike ke Malaysia" Kata Erin berbaur arahan. Automatik. Semuanya bergerak mengikut arahan.
Erin melabuhkan punggungnya di atas sofa itu sambil memerhatikan Bella yang sedang menggodam beberapa maklumat.
"Kau godam ape tu"Tanya Erin. Bella memandang Erin.
"Kan kau suruh aku cari maklumat pasal rumah anak yatim tu"kata Bella malas. Erin mengganguk faham. Baru sahaja Erin ingin melangkah ke dapur,Bella menjerit nyaring.
"Dah jumpa!"
"Rumah anak yatim tu telah dibina pada tahun 2001 oleh ayah Michael iaitu Tengku Mycal Angelo. Tengku Mycal dan isterinya, Roselinda meninggal dunia akibat ditembak oleh sekumpulan mafia semasa ingin menculik Michael daripada mereka semasa Michael berumur 9 tahun. Selepas sahaja mereka meninggal dunia,hak penjagaan Michael jatuh kepada Hajah Salimah iaitu mak saudara kepada Michael. Tetapi Michael dapat dijejak oleh sekumpulan mafia tadi,Hajah Salimah telah diculik dan dibunuh dengan kejam saat ingin menyelamatkan dirinya dan Michael di dalam hutan. Selepas itu,ada seorang perempuan tua yang bernama Habibah telah menjumpai Michael di tepi sungai dalam keadaan cedera parah lalu diambil menjadikan Michael sebagai anak angkat. Kerana terlalu daif,Habibah terpaksa menghantar Michael ke Rumah Anak Yatim Indah. Walaupun sudah berpisah,pada usia Michael berumur 17,dia sudah membina kerjanya sebgai CEO dan masih berhubung dengan Habibah"
Tekun Erin mendengar nya. Oh,sama macam kisah hidupnya tapi lebih konflik.
"pasal Balqis? Kau ada dapat mana ii cerita pasal dia?" Tanya Erin.
"Erm pasal Balqis aku dengar minggu lepas dia balik Malaysia lepastu buat kacau. Sekarang ni kau nak turun padang ke? Dah lama kau tak turun padang sebab jadi orang gaji terpaksa " Kata Bella.
"Hmm. Aku rasa Balqis masih ade dekat sini"
"Maksud kau?" Tanya Bella hairan.
"Kalau ikut hati aku,aku rasa Eagle masih dekat sini tapi dia hantar orang pergi buat kacau tempat aku dekat Malaysia tu."
"Jadi sekarang ni apa rancangan kau?"
"Kali ni,biar aku yang pergi. Aku,Calvin,Maria dan beberapa anak buah yang lain akan settle kan dekat Malaysia. Kau,Jayden dan lain jaga dekat sini. Mungkin diorang akan ambil tindakan bila aku sampai sahaja ke Malaysia so hati ii. Nanti kau tolong bagi tahu yang lain" Bella mengganguk faham mendengar arahan Erin.
"Habistu kau?" Tanya Bella tiba ii. Erin menunding ke arah dirinya sendiri. Dah kenapa dengan Bella ni?. Getus hati Erin.
"Bila kau nak mandi? Takkanlah kau pergi Malaysia dengan bau macam loji ni. Sarapan tak lagi. Packing barang tak lagi. ......"
ha sudah! Hacker bebel dah!
malas mendengar Bella membebel,dia berlari menaiki anak tangga.
"Baik ii lah sikit. Tangga tu nanti jatuh menyusahkan orang aje"
"Baiklah cik adik!" Laung Erin.
pergh! Macam mak mak dah.
_______________________________________________27 coming!
YOU ARE READING
She's My Maid (c)
Teen FictionCOMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai perwatakan yang berbeza. Erin juga adalah usahawan yang berjaya...