Sebulan sudah berlalu. Hubungan antara Erin dan Michael semakin baik sehari demi sehari. Kate juga tidak munculkan diri. Mungkin Erin dah sihat? Maybe.
Pada pagi itu,Michael bangun pada pukul 8:00 pagi untuk membuat sarapan pada dirinya dan bibiknya. Majikan masak untuk bibik? Hmm.
Tidur Erin diganggu dengan bunyi dari arah dapur. Terpisat-pisat dia membuka matanya. Dia melangkah dengan mamai menuruni tangga. Lagipun bilik dia dekat dengan dapur. Thats why dia boleh dengar jelas bunyi bising kt dapur.
"Dah bangun?" Tanya Michael mesra. Erin memgganguk mengiyakan.
"Kau balik pukul berapa semalam? Aku balik tak nampak batang hidung pun. Lewat malam baru balik. Kau g ane?" Tanya Michael berkali kali.
"Erm,a-aku pergi lawat nenek aku kat kampung " Kata Erin gagap. Michael hanya mengganguk faham walaupun sedikit ragu ii.
Erin menarik kerusi selepas Michael menghidangkan sarapan mereka. Diikuti juga Michael.
"Nanti aku akan hantarkan kau pergi ke Rumah Anak Yatim Indah" Suapan Erin mula terhenti. Rumah anak yatim? Untuk apa?
"Kenapa pulak. Nanti aku nak sambung kerja macam biasa. Kau tak payah lah tolong aku bagai buat kerja macam tu. 'Takut kotorkan tangan' kan" Kata Erin pada masa yang sama dia perli Michael.
"Esok aku tak ada. Aku pergi balik Malaysia,sebab tu lah aku hantarkan kau dekat rumah anak yatim tu. N ginap dekat sana" terbeliak mata Erin bila terdengar perkataan 'nginap'.
"Eh hello, aku ada rumah sendiri lah dekat sini,buat apa pulak aku nak inap dekat sana? Buang mase je"Michael meletakkan gelas kacanya dengan kasar.
"Hei perempuan. Kau ingat aku hadap sangat ke hah nak hantar kau kat sana. Aku cuma scary kau tak ada kerja nak buat time tu. Ntah ii kau dah jadi pengemis tepi jalan. Mase tu aku pecat dah kau. Aku tak nak rumah aku nanti kotor dengan bau badan kau yang busuk macam loji tu!"
Senyap
Suasana legang ketika itu. Hanya seketika apabila Erin bangun dari duduknya dan terus keluar daripada rumah puaka itu.
Sakit.
Sakit hati dengan setiap perkataan yang Michael mengajukan kepadanya tadi. Ya,memang salah dia kerana mula bercakap kasar padanya. Perkara itu hanya sekecil semut tetapi kenapa Michael begitu tegas? Apa yang menarik sangat pasal Rumah Anak Yatim Indah itu?
Bukanke itu cuma rumah anak yatim biasa?
Urghh!Erin! Kau ni suka buat masalah lah.
Erin memberhentikan motorbikenya di tepi jalan. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Bella.
"helo?" Kata Bella di hujung talian.
"Ella,aku nak kau cuba cari maklumat pasal Rumah Anak Yatim Indah"
"O-oh ok tapi kenapa?" Tanya Bella.
"Buat je lah. Oh satu lagi,aku tak balik malam ni. Aku tidur dekat markas. Kalau ada apa ii roger je lah"
tut!
Talian dimatikan. Lalu menyambung kembali pemanduannya ke markas.
.........
Pintu bilik dikuak lalu menutup rapat. Tanpa membersihkan diri,Erin merebahkan badannya di atas katil yang bersaiz queen itu.
Kepalanya ligat memikirkan tentang Rumah Anak Yatim Indah. Seperti ada sesuatu tentang rumah itu tetapi Erin tidak tahu apakah ia. Sebab itulah dia meminta tolong Bella. Sebenarnya dia boleh sahaja menggodam tentang rumah anak yatim itu tetapi badannya terlalu letih dah ingin mendapatkan rehat yang secukupnya.Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi tetapi Erin masih belum dapat melelapkan matanya.
"Kenapa Balqis diam aje kebelakangan ni?"
Satu hal yang membuatkan hati Erin tidak enak kebelakangan ini.
Biasanya setiap hari,setiap masa Balqis akan menggangu ketenteramannya mahupun di syarikat,rumah ataupun markasnya. Kalau bukan Balqis,konco-konconya pun ada membuat kacau. Kalau bukan Eagle,ada juga kumpulan ganster ii kawasan yang menggangu dia. Huh,sekali kena tibai menggulupur nyawa kau karang.
Erin memasang lagu favorite nya iaitu Dandelions.
(scroll atas👆)
Erin menghayati lagu itu sampai dirinya tertidur.
Orang kata tak boleh tidur malam maknanya ada orang rindu kita. Dia berharap yang orang itu ialah Michael. Eh tiber!
_______________________________________________
Nak tanya je,kalau orang tu botak licin dekat mana dahi dia?🤔tanye je tak maksudkan ape ii pn
YOU ARE READING
She's My Maid (c)
Teen FictionCOMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai perwatakan yang berbeza. Erin juga adalah usahawan yang berjaya...