Buk!Buk!
Buk!
Seorang budak perempuan hanya menangis apabila kedua ibu bapanya dipukul oleh 6 orang lelaki yang berpakaian serba serbi hitam. Manakala dia pula diikat di atas kerusi kayu. Dia memandang sayu kedua ibu bapanya.
"To-long le-paskan aku" pinta seorang wanita bagi pihak suaminya.
"Kau senyap lah bodoh!!" Tengking perempuan yang memakai pakain ketat paras peha. Tangannya lincah bermain pistol revolver miliknya.
Bang! Bang!
Dua tembakan dilepaskan ke arah perempuan itu. Tepat mengenai kepalanya. Headshot.
"Lin!!!"
Jerit serentak seorang lelaki yang diikat di atas kerusi menggunakan rantai besi.
Budak perempuan itu terlopong. Mamanya....yang menjaganya,yang melahirkannya,yang mengandungkannya,yang mendodoikan nya setiap malam mati ditangan kekasih papanya sendiri. Balqis. Balqis tersenyum sinis. Dia mendekati kekasihnya. Lengang lenggok Balqis berjalan. Tampar sat gi baru tahu. Nanti jerebu satu dunia pulak. Almaklumlah pakai mekap tebal 50 inci.Bang!
Satu tembakan dilepaskan tepat mengenai dada lelaki itu.mati. Lelaki itu mengikuti isterinya menghadap ilahi.
"Senyap pun lahanat ni" kata Balqis itu tenang. Tiada langsung belas kasihan pada keluarga itu.
"Jangan apa-apakan aku!!" Jerit budak perempuan itu apabila Balqis menghampiranya perlahan-lahan.
"Shh...aku takkan apa-apakan kau lah Erin.." Kata Balqis sinis kepada budak perempuan itu atau dikenali sebagai Erin.
Erin menangis tersedu-sedan.
"Shhhhhhhh"
"Kau nak tahu tak kenapa aku bunuh mak bapak kau tu hmm?" Tanya Balqis
Erin mengganguk. Dia sangat ingin tahu. Mereka sekeluarga diculik,diseksa,dan dibunuh tanpa dia mengetahui hal yang sebernanya.
"Aku bunuh mak kau tu sebab dia rampas hak aku!! Dia rampas Tengku Hafiz Kelvin daripada akuu!!!!!!" Jerit Balqis. Semua anak buah Balqis menutup telinga. Manakala Erin hanya menangis. Nak tutup telinga kan tangan kene ikat. Tadah je lah wahai telinga..
Ya,Nama papanya Tengku Hafiz Kelvin bin Tengku Hisham Shah. Manakala mamanya pula Tengku Elinda binti Tengku Azrin.
Tengku Erinda Katrina telah membawa kebahagian kepada ibu bapanya. Tetapi kebahagiaan itu tak lama apabila ayahnya curang pada ibunya.
Pang!
Satu tamparan kasar hinggap di pipi putih Erin.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni bang*at!!" Jerkah Balqis. Balqis menundukkan sedikit mukanya lalu dia memegang rahang Erin. Erin menangis kesakitan.
"Aku tanya ni bodoh!kau dengar ke tak?!" Tanya Balqis lagi. Erin tidak membalas.
"Kau ni pekak ke bisu!" Balqis menarik rambut panjang Erin.
Dia menghulurkan tangan kepada anak buahnya. Jay. Jay yang faham maksud itu terus menghulurkan gunting. Balqis mengambil gunting itu lalu memotong rambut Erin.
"Ha,kan cantik" puji Balqis. Dia melihat hasil guntingan dia itu. Sebelah panjang manakala sebelah lagi pendek. (Erk😶)
Kring! Kring!
Bunyi telefon Balqis menghentikan perbuatan Balqis yang seronok melihat karyanya itu.
Balqis mengambil telefon jenama Vivo nya.
Dia melihat gerangan yang menelefonnya lalu mengeluh kasar.Butang hijau ditekan,telefonnya dilekatkan ke telinga.
"Helo," sapa Balqis malas.
"Kau dekat mana ni Qis? Aku tunggu hampir 3 jam kut kat kelab ni. Mamat tu dah naik angin dah" Bebel Ain di hujung talian.
"Ye,ye aku OTW ni sabarlah beruk" kata Balqis sambil melihat Erin tajam.
Tit!
Talian dimatikan. Balqis keluar dari 'bilik seksaan' itu.
"Tolong tengokkan budak tu. Jangan sampai terlepas pun" Pesan dia lalu mengambik tas tangan jenama Gucci.
Vroom! Vroom!
Kereta Lamborghini milik Balqis pergi dari perkarangan 'markas' itu.
............
"Arghhh!!!" Jerit seorang lelaki tatkala lututnya di sepak kuat oleh seorang budak perempuan....kecil?
"Sakit?" Tanya budak itu sinis. Matanya sudah pun bewarna hitam. Tiada lagi putih.
Lelaki itu melihat budak perempuan itu. Dia terlopong. Budak itu..ialah...Erin!!
"Kau tahu tak sakit lagi mak bapak aku tu kena seksa,kene pukul dan kena bunuh kau tahu tak!!!!!!" Jerit Erin. Entah apa yang merasuk Erin ketika ini. Seperti kekuatan ibu bapanya mengalir di dalam badannya.
Satu persatu lelaki di dalam bilik itu tumbang. Nasib baiklah bilik itu adalah bilik kalis bunyi hohoho. Dia mengambil pistol Revolver milik lelaki itu di poket seluarnya.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Lima tembakan dilepaskan oleh Erin tepat mengenai kepala 5 orang lelaki itu. Headshot. Selepas itu dia mengambil pisau rambo di atas meja yang terletak di dalam bilik itu. Dia mengelar leher,lengan dan pipi 5 orang lelaki itu. Selepas berpuas hati dia ketawa sinia. Seram. Selepas itu dia terjatuh terduduk dan menangis.
"Papa,mama. Rin janji selagi Rin masih hidup, Rin akan membalas dendam pada mama papa" Warna matanya kini warna hazel ori. Selepas mengungkap kata-kata itu dia kembali ketawa. Warna matanya kini berubah-ubah.
Dia membuka tingkap yang berada di dalam bilik itu. Lalu dia terjun.
"Aku akan balas dendam pada kau suatu hari nanti, Balqis"
Kerana kejadian itulah yang membuatkan munculnya satu sisi gelap dan sisi lain Erin.
_______________________________________________Author tak tahu prolog cerita ni best atau tak tapi sila baca bab seterusnya pulak ya. Kisah hidup Erin ni belum habis lagi.
Jap!!
Sile komen dan jangan lupa vote tau!! Tq
YOU ARE READING
She's My Maid (c)
Novela JuvenilCOMPLETED BOOK 1: She's My Maid Siapa sahaja yang tak kenal dengan Black Rose? Sebuah kumpulan mafia yang terkuat dan digeruni oleh semua. Erin. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai perwatakan yang berbeza. Erin juga adalah usahawan yang berjaya...