Bab 3

784 47 6
                                    


Suasana yang riuh di dalam rumah agam Dato'Amri kini sunyi tatkala melihat 2 buah kereta mewah yang berada di depan rumah agam itu.

Apabila mereka keluar dari perut kereta,ramai yang berbisik antara satu sama lain.

"Cantiknya diorang"

"Comel je aku tengok dia"

"Dia tengku eh?."

Itulah yang dapat didengari oleh Erin. Tetapi Erin mengendahkan mereka. Mana Bella? Bella duk dalam kereta lagi. Katanya kain sangkut dekat besi. Besi apa pun Erin tak tahu.

Erin melangkah dengan bergayanya memasuki rumah agam itu. Meninggalkan Bella diluar.

Erin terus pergi ke kerusi VIP yang telah disediakan khas oleh Dato' Amri. Rumah Dato' Amri ni boleh lah muat dalam ermmm..150 orang? Sebab tu Dato' Amri buat majlis dekat rumah dia. Dia hanya menjemput orang yang berdekatan dengan kawasan perumahan ini sahaja. Tidak lupa jugak saudara-mara Dato'Amri. Tujuan Dato'Amri menjemput Erin hanya untuk melindungi keluarga mereka sahaja. Usahawan berjaya seperti Dato' Amri jugak mempunyai ramai musuh.

Erin hanya melihat sahaja orang yang lalu lalang dihadapannya. Tiada langsung niat untuk mengambil makanan yang telah dihidang walaupun lapar. Semuanya kerana Bella. Spagheti aku.....

"Weh Rin,kenapa kau tak ambil makanan lagi?" Tanya Bella. Selepas sahaja dia selesaikan pasal kainnya tadi dia terus melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Sebaik sahaja dia melihat makanan terus dia memilih makanan.

"Tak,aku tak lapar. Bila majlis nak mula ni?" Tanya Erin. Terliur jugak dia melihat makana yang diambil Bella. Ada macaroon, cupcake dan macam-macam lagilah.

"Majlis mula sekejap lagi, Dato' pergi tandas kejap"

"Aik. Macam mana kau boleh tahu? Kau skodeng ehh....." Usik Erin.

"Kepala bapak kau! Mase aku pilih makanan tadi aku terserempak dengan Dato'." Erin ketawa perlahan mendengar jawapan Bella. Bella melihat sekilas Erin. Erin men-seriuskan semula wajahnya.

"Apa?" Tanya Erin walaupun dia sudah tahu jawapan Bella.

"Kau gelak ke tadi Rin? A-aku macam tak percaya. Wow" Bella menepuk tangan. Ni firts time tau Erin gelak. Rugi kalau tak rakam.

Erin menjeling Bella tajam. Bella memegang dadanya. Sakit dipanah oleh Erin. Menyengat sampai ke tulang. Hahaha tibe.

"Ehem, assalamualaikum puan tuan sekalian. Terima kasih kerana hadir. Saya ingin mengucapkan maaf jika ada kesilapan semasa majlis berlangsung" Kata Dato' Amri.

"Ceh"

"Saya ingin menjemput anak bongsu saya iaitu Aliya Nadzirah ke bla bla bla bla" (author malas nak taip). Seusai Dato' Amri bercakap,ada seorang budak perempuan yang berusia 8 tahun berjalan sambil dikelilingi oleh 2 orang pengawal. Setiap langkah Aliya,nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan. Erin hanya melihat sahaja semua orang itu. Manakala Bella hanya bermain telefon Iphone nya itu. Tiada langsung ingin menyanyi.

"Sombongnya dua orang tu biy" Kata seorang perempuan yang berada di belakang meja Erin.

Erin melihat kebelakang sedikit. Seorang pasangan erm..kekasih? Yang sedang seronok mengejek dia.

'Eh,lelaki tu macam pernah nampak tapi kat mana ehh' gumam hati Erin. Lelaki ni er...lelaki ni..ha! Dah ingat.

"Tu bukan ke lelaki dekat kedai tu ekk" kata Erin perlahan. Bella melihat Erin.

"Kau cakap apa tadi?" Tanya Bella meminta kepastian.

"Tak ade apa-apa. Ermm..siapa lelaki belakang tu?" Tanya Erin. Tak tahulah kenapa dia teringin menegetahui pasal lelaki itu.
Bella melihat ke belakang. Oh..

She's My Maid (c)Where stories live. Discover now