Bab 49

229 10 0
                                    

Seminggu kemudian...

Seminggu telah pun berlalu. Kini, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Semua anggota Black Rose telah bersiap sedia. Walaupun sedikit gentar, namun sebagai ahli kanan mempertahankan negara Malaysia, mereka sanggup mengahadapi segala cabaran.

"Bella, kau dah dapat detect lokasi dia sekarang? " tanya Erin sambil mengisi peluru.

"Ya bos. Macam biasa, dia ada dekat markas dia sekarang sambil melayan perempuan" Balas Bella senafas.

'Huh, dasar binatang' getus hati Erin.

"Semua dah siap? "

"Ya! " jawab mereka serentak penuh bersemangat.

"Ok, bergerak mengikut rancangan. Kalau keadaan terlalu teruk, hubungi White Dragon" nasihat Erin tegas.

.....

Markas SK (silent killer)

"Pastikan airpod sentiasa dipasang. Calvin and the gang dah sedia? "

"Dah"

"Maria, kau dekat port kau? "

"Ya bos"

"Kita ada berapa kumpulan sekarang? "

"4 bos. Kumpulan pertama Calvin and the gang. Kumpulan kedua dengan Maria. Cuma tinggal kumpulan ketiga dan keempat sahaja bos"

"Ok. Kumpulan ketiga boleh jaga di luar markas SK. pastikan tak ada seorang pun yang terlepas. Kumpulan empat pulak ikut aku dari belakang"

"Baik" jawab mereka serentak.

Pinnnn!! Permainan dimulakan.

Bang! Bang! Bang!

Satu persatu pengawal yang menjaga markas itu diluar tumbang ditembak dengan para ii Headhunter.

"Bella, semua sekali anak buah Erlen berapa?"

"Dekat luar, ada 20 orang. Dekat dalam yang kau ada sekarang ni 100 orang. Dekat tingkat atas pulak, ada 201. Jadi semua sekali ada 320." balas Bella lancar melalui airpod.

Bang Bang!

Bunyi tembakan di luar menghentikan perbuatan Erlen yang seronok(ko fikir la sendiri. Malas aku cakap)

"You.... Kenapa bising sangat ni... " kata perempuan itu meleret.

"Mesti ada tikus yang tengah main ni" balas Erlen lembut (eee geli pulak aku)

"Tikus apa pulaknya bertembak sakan"

"I nak pergi cek kejap. U tunggu sini tau. Jangan pergi mana ii"

"Okay Baby"

......

Tap tap tap

Bunyi tepukan dari tingkat atas meraih perhatian.

"Wow wow wow. Ketua bagi semua mafia dah datang ya. Macam mana? Seronok? Dapat main dengan level semut je? " kata Erlen sinis.

"Tak seronok sebenarnya sebab semut kalau dah dipijak akan mati" Balas Erin smirk. Penuh bermakna. Erlen menahan geram.

"Black Rose vs Silent Killer. Memang jadi topik hangat lah dalam dunia mafia"  Tegur Calvin melalui airpod.

"Mari kita tengok sape yang menang" kata Maria sinis.

Pisau rambo yang disembunyi di belakang dicapai. Erlen berlari sepantas kilat menuju ke Erin. Tetapi Erin lebih cepat bertindak. Dia mengelak dengan mudah seperti menghafal setiap pergerakan Erlen. Termengah-mengah dibuatnya.

Ketika Erin telah mendapat titik kelemahan Erlen, dengan pantas Erin menyepak kuat kemaluan Erlen. (Situ je plg lmh)

Erlen mengaduh kesakitan. Setelah melihat Erlen lemah, Erin mengambil tindakan seterusnya. Dia merampas pisau rambo dan mencampak jauh.

"Heh, kau dah tengok siapa yang lemah sekarang? " tanya Erin. Walaupun terasa perit di kemaluannya, namun Erlen tetap berusaha berdiri.

"Kau dah terperangkap Erin" kata Erlen dengan nada sinis. Erin berkerut muka. Dia memandang sekeliling. Barulah dia perasan bahawa dia dan beberapa anak buahnya telah dikepung oleh anak buah SK dengan jumlah nya yang banyak.

Erin menghirup nafas dalam ii dan hembus keluar. Dia memejamkan mata dan membuka kembali. Sepasang mata hitam merenung mereka semua dengan pandangan tajam.

"Ka-kate.. "

Kate dengan gembiranya melihat sekeliling dengan senyuman yang mengerikan.

"Herm, main tak ajak" Tegas suara Kate.

___________________________________________

Cara sebut kate. (K-e-t)

She's My Maid (c)Where stories live. Discover now