02

236 30 8
                                    

"Yaa, kau dah tahu?"

"Tahu apa?"

"Jeno. Dia dengan Minji dah break,"

"Seriously?"

"Ya lah. Jeno padam semua gambar diorang kat Instagram. Profile picture pun dah tukar. Kecoh budak kelas dia semalam,"

"So, aku ada harapan lah ni?"

"Tak payah berangan. Dia padam semua gambar dengan Minji, tapi dia upload gambar dia dengan Soojin,"

"What? Soojin? Kim Soojin?"

"Soojin mana lagi?"

"Tapi diorang kan kawan baik?"

"Tch, kawan baik ada makna,"

"Tapi bagus juga lah. Aku menyampah dengan Minji tu sebenarnya. Perasan bagus. Mentang-mentang dia anak orang kaya, Appa dia penyumbang terbesar kat sini, dia couple dengan Jeno, dia ingat dia boleh buat semua yang dia suka,"

Minji yang sejak tadi berada di dalam salah satu kubikel tandas itu sudah tidak dapat menahan sabarnya. Terus pintu dibuka dengan kasar.

Kedua pelajar yang sedang asyik bercakap mengenai dia itu jelas terkejut. Minji mencuci tangan di sinki sambil memerhatikan mereka melalui pantulan di cermin.

"Yaa," dia menghampiri mereka.

"Salah aku ke kalau Appa aku banyak duit dan dia jadi penyumbang terbesar dekat sini? Hmm?" Tangannya yang masih basah itu disapu pada uniform salah seorang dari mereka.

"Minji yaa, aku-,"

"Yaa, aku tahu ramai orang benci aku kat sekolah ni. Tapi aku paling benci bila orang tu cakap belakang. Kalau tak puas hati, menyampah dengan aku, cakap depan-depan lah!" bahu pelajar itu ditolak kuat sehingga dia hampir terjatuh.

Selepas itu dia terus melangkah dari situ.

"Memang patut pun Jeno tinggal dia. Perangai tak semenggah,"

Sempat dia menangkap suara itu memgumpatnya lagi.

FeelingsWhere stories live. Discover now