31

138 25 3
                                    

Minji melangkah masuk ke dalam kelas seperti selalu lalu ke tempat duduknya. Baru sahaja dia ingin membuka beg sekolahnya, Heejin dan rakan-rakannya menghampiri dia.

"Minji yaa, betul ke semua cerita tu?" Heejin menyoal.

"Cerita apa?" soal Minji kembali.

"Kau tak buka website sekolah?" soal Gowon pula.

Minji menggeleng.

"Kau tahu, Jeno dengan Minho Sunbaenim tu sebenarnya adik beradik satu ayah? Minho Sunbae punya Omma tu, katanya perempuan simpanan Appa Jeno,"

"Mwo?"

Jujur, Minji terkejut mendengar itu.

"Sebab tu aku tanya kau. Kau kan pernah bercinta dengan Jeno. Takkan kau tak tahu?" soal Gowon pula.

Minji menggeleng.

"Setahu aku, Jeno anak tunggal,"

Saat itu juga, Jeno muncul bersama rakan-rakannya. Dan dirinya menjadi tumpuan.

"Yaa, Lee Jeno!"

Seisi kelas terkejut bila Jeno tiba-tiba ditarik dan ditolak rapat ke dinding kelas itu.

"Kau kan yang post dekat website sekolah?" Minho memandang Jeno tajam.

Ya, dialah yang tiba-tiba muncul dan menyerang Jeno.

"Tch, kau ingat aku takde kerja ke?" soal Jeno sinis.

"Habis tu siapa?" soal Minho berang.

Jeno menolak Minho darinya.

"Entah. Maybe, ada orang pernah jadi mangsa macam Appa aku juga. Kena goda dengan perempuan murah macam Omma kau,"

"Tak guna!"

Minho melayangkan penumbuk ke wajah Jeno.

"Sial lah!" Jeno bangun dan melawan.

Lalu tercetus lah pergaduhan antara mereka di hadapan kelas.

"Yaa-,"

Minji ingin menghentikan mereka, namun Sunwoo menghalang.

"Jangan libatkan diri kau," ujarnya sebelum dia mara ke arah mereka.

Jaemin, Haechan, Sunwoo dan beberapa rakan sekelas mereka cuba menghentikan pergaduhan itu. Namun, itu semua tidak berhasil kerana keduanya enggan mengalah.

"Pergi panggil Sir Jongkook cepat!" jerit Jaemin.

"Kau cakap lagi sekali, siapa perempuan murah? Cakap!" Minho berjaya menolak Jeno ke dinding lagi.

"Tch, kau ingat aku takut? Omma kau! Dia perempuan murah! Goda suami orang, dan lahirlah kau ni. Sibuk nak menumpang nama Appa aku," ujar Jeno sambil ketawa.

Suka dia melihat wajah marah Minho saat itu. Dan senyum sinisnya makin melebar bila terpandangkan Minji yang masih berada di situ.

FeelingsWhere stories live. Discover now