07

194 24 3
                                    

"Yaa, tengok tu,"

Jeno dan Soojin yang sedang berbual itu memandang ke arah yang ditunjukkan Yiseo. Senyuman sinis terukir di bibir Soojin.

"Annyeong Minji. Aku ingatkan kau dah tak nak datang lepak sini dah,"

Minji yang sedang melangkah ke arah mereka itu tersenyum sinis.

"Tch, kalau ikutkan hati aku memang tak nak datang. Tapi tu lah kan, Sunwoo ni yang beria ajak aku," ujar Minji.

Ketika itu mereka sedang berada di kafe milik keluarga Haechan. Mereka semua memang selalu melepak di situ. Kebetulan, ada satu bilik kecil yang kosong, lalu mereka jadikan sebagai tempat mereka selalu berkumpul.

"Minji sorang-sorang kat rumah. Aku bawa lah dia sekali," ujar Sunwoo sambil mengambil tempat di sisi Haechan.

"Duduklah Minji," Jaemin memberi ruang buat gadis itu duduk di sisinya.

Yiseo yang sejak dulu menyimpan perasaan terhadap Jaemin menjeling tidak puas hati. Soojin yang perasan hal itu juga berasa sakit hati. Dilihatnya Minji begitu selamba berbual dengan Jaemin, Sunwoo dan Haechan.

"Yaa, aku dengan Jaemin pergi ambil Pizza sekejap. Delivery guy tu dah sampai," Sunwoo bangun bersama Jaemin lalu keluar.

"Jeno, lapar lah. Nak kek," rengek Soojin sedikit kuat.

"Kek?"

Soojin mengangguk.

"Nak red velvet yang macam Minji makan tu,"

Minji mengetap bibirnya dan tersenyum sinis. Dia tahu Soojin sengaja. Kerana setiap kali mereka ke situ, pasti dia akan memesan kek red velvet dan Jeno adakalanya Jeno akan menyuapnya. Dan pada saat itu pun, ada sepotong kek tersebut yang Sunwoo pesankan buatnya tadi.

"Sekejap babe, I pergi pesan," Jeno bangun dan keluar untuk memesan makanan di kaunter.

"Sejak bila kau suka makan red velvet ni?" soal Yiseo polos.

"Saje nak try. Nak tahu red velvet kat sini memang sedap atau Minji suka makan sebab Jeno selalu suapkan dia je,"

"Haish, perempuan ni," Minji berdecit perlahan.

"Aku nak ke toilet," Haechan ikut bangun.

Malas dia mahu melayan rakan-rakan perempuannya itu. Tahu sangat yang mereka akan berperang mulut di situ.

"Babe, red velvet dah habis lah. I pesan cheese cake. Takpe kan?" Jeno muncul dengan piring berisi sepotong kek lain.

Minji menahan tawanya. Garpu dicapai, bersedia untuk menikmati keknya.

"Minji ah, tukar dengan Soojin,"

Jeno meletakkan piring kek tadi di hadapan Minji. Minji mengangkat wajahnya dan memandang lelaki itu.

"Shirreo! Kenapa pula aku kena buat macam tu?" dia memandang Jeno sinis.

FeelingsWhere stories live. Discover now