36

149 20 2
                                    

Minho membuka matanya sambil dia bangun dari pembaringan. Kepalanya yang sedikit pening dipegang sambil matanya mula melilau melihat sekeliling.

"Dah bangun?"

Dia menoleh ke arah pintu kamar mandi di mana seorang gadis cantik muncul. Gadis itu mengikat tali jubah mandi sebelum mengambil tempat di sofa dalam bilik mewah hotel mereka berada sekarang.

"Eunmi yaa,"

"Handphone You tu, dari tadi asyik berbunyi,"

Minho lantas mencapai telefon bimbit di meja sisi katil. Senyuman tersungging di bibirnya melihat mesej dan panggilan tidak berjawab dari bapanya.

"I kena masuk klinik lah Eunmi. Appa I dah bising," ujar Minho.

Dia kemudian bangun dan masuk ke kamar mandi untuk mencuci muka. Usai itu dia keluar sambil mengutip baju di lantai lalu menyarungkannya ke tubuh.

"I balik dulu. Thank you untuk semalam," ujar Minho.

Tangannya mencapai dompet dan telefon bimbit dari atas meja sisi katil sebelum dia melangkah keluar dari bilik mewah itu. Masuk ke dalam lif, punat ke tingkat bawah sekali ditekan.

Sampai sahaja, dia terus ke keretanya dan masuk lalu memandu pergi dari situ. Dia perlu segera sampai ke rumah dan membersihkan diri sebelum ke klinik.

"Ah, tak guna. Sekarang juga lah kau nak merah!" stereng dihentak saat lampu isyarat bertukar merah.

"Matilah aku masuk lambat lagi harini!"

Bulan itu sahaja, sudah tiga kali dia ditangkap masuk lambat ke klinik oleh bapanya. Teruk dia dimarahi oleh Tuan Lee.

Sambil menunggu lampu bertukar hijau, matanya meliar ke luar. Saat dia memandang ke arah pejalan kaki yang ingin menyeberang, matanya tertumpu pada seseorang.

"Minji,"

Dia segera keluar dari kereta untuk mengejar gadis yang dilihatnya tadi. Namun, saat itu juga lampu kembali bertukar hijau.

"Ah, tak guna!" dia berlari masuk ke dalam kereta dan kembali memandu.

"Betul ke dia? Bila dia balik? Kenapa aku tak tahu pun?" dia menyoal diri sendiri.

"Minji minta supaya Sunbae jangan cari dia lagi,"

"Sebab dia dah buat keputusan untuk lupakan semua benda yang pernah jadi di sekolah ni,"

"Tch, kau kenapa Lee Minho? Kau dah lupa kau bukan sesiapa dalam hidup dia?"

FeelingsWhere stories live. Discover now