"Hei,"
Minji pantas menoleh ke sisi bila mendengar suara itu. Wajah suramnya kini dihiasi senyuman nipis bila Minho mengambil tempat di sebelahnya.
Sejak dua bulan lalu, berjumpa dengan Minho di bumbung sekolah pada waktu rehat sudah menjadi aktiviti wajib baginya. Jika salah seorang dari mereka tidak dapat hadir, mereka akan memaklumkannya melalui telefon.
"Lima minit saya berdiri kat pintu. Saya nampak awak termenung je. Ada masalah?" soal Minho sambil mengambil tempat di sisi Minji.
Minji diam. Mana mungkin dia menceritakan tentang apa yang terjadi antara dia dan Jeno semalam pada Minho.
"Takde apa. Cuma penat. Banyak benda lah nak kena fikir," ujarnya.
"Contohnya?"
"Hmm," Minji bergumam perlahan.
Mencari alasan untuk diberikan pada Minho. Tanpa dia sedar, Minho sedang asyik memerhatikan dirinya saat itu.
"Dua minggu lagi kan midsem punya exam. Saya belum ready lah,"
Minji merungut perlahan. Walaupun itu cuma alasan, namun dia akui yang peperiksaan itu agak mengganggunya.
"Kenapa pula?"
"Saya kan selalu ponteng kelas dulu. Jadi banyak yang saya tertinggal dan tak sempat nak catch up semula. Lebih-lebih lagi subjek Biologi. Haish, benci lah saya,"
"Biologi?" soal Minho.
Minji mengangguk.
"Saya tak pernah suka Biologi. Saya boleh jawab exam sebelum ni pun sebab-,"
"Yaa, satu soalan kau betul. Satu kali kiss kat pipi kau aku bagi. Okay? Aku cuba nak naikkan semangat kau ni,"
Minji teringat pada Jeno bila bercakap tentang subjek Biologi. Dia memang lemah subjek itu dan selama ini, Jeno yang banyak membantunya mengulang kaji dan belajar bersama bila musim peperiksaan.
"Sebab apa Minji?" suara Minho mengembalikan dia ke alam nyata.
"Sebab Jeno. Dia yang selalu ulang kaji dan tolong saya dulu," Minji menunuduk.
Minho terus memerhatikan gadis itu. Sehinggalah satu idea muncul di mindanya.
"Kalau saya yang ulang kaji dengan awak lepas ni?"
"Huh?" Minji memandang lelaki itu.
"Appa saya doktor. Jadi, mungkin sebab tu saya pun suka Sains dan Biologi dari kecil. Kalau awak nak, saya boleh ajar awak,"
Senyuman lebar perlahan terukir di wajah Minji. Dia terus melompat turun dari meja yang didudukinya itu.
"Betul? Sunbae tak main-main kan?"
Minho ketawa perlahan.
"Saya serius. Tapi, bukan percuma lah,"
"Mestilah saya tahu! Mana ada benda percuma dalam dunia ni. Sunbae nak apa, cakap je,"
"Hmm, nanti. Kalau awak berjaya tingkatkan markah awak, saya anggap saya berjaya bantu awak. Waktu tu, baru saya akan minta apa yang saya nak. Boleh?" soal Minho.
"Okay. Deal?"
Tangannya dihulur dan Minho tersenyum lalu memyambutnya.
"Deal,"
:::::
Nak cakap yang, aku baca ke comments korang. Kalau aku tak balas tu, bukan sebab sombong tau. Tapi sebab aku tak tahu nak balas apa <3
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|