60

128 17 3
                                    

"Lee Jeno!"

Minho mengejar langkah Jeno yang berjalan laju menuruni tangga itu.

"Kau nak apa hah?"

Jeno menepis tangan Minho yang berjaya menyentuh bahunya.

"Aku tak nak pun saham tu. Kalau kau nak, kau boleh ambil. Tapi tolong, jangan berkasar dengan Appa,"

Jeno berdecit perlahan.

"Kau tengah cuba nak jadi abang yang baik ke sekarang?" soal Jeno sinis.

"Jeno yaa, sudah lah. Aku rasa kita dah patut berhenti bergaduh macam budak-budak. Kita dah dewasa. Kita patut lupakan semuanya dan cuba hidup macam keluarga orang lain,"

"Lee Minho, kau rasa kau layak ke jadi keluarga aku? Sebab kau derma darah kau pada aku, kau rasa kau layak jadi ahli keluarga aku? Jangan mimpi lah! Aku tak ingin nak jadi keluarga anak tak sah taraf macam kau! Kalau aku tahu kau nak derma darah pada aku, aku lagi rela mati lah!"

Usai menghabiskan ayatnya, Jeno berjalan menuju ke pintu.

"Yaa, kau tak sedar lagi ke? Yang bersalah dalam hal ni Omma kau!" jerit Minho geram.

Langkah Jeno terhenti. Dia berpaling dan memandang Minho tajam.

"Omma aku salah? Salah ke kalau dia cuma nak jadi isteri pada lelaki yang dia sayang? Salah ke kalau dia cuba raih kasih sayang suami dia? Kau tahu, dari aku kecil, aku nampak semuanya. Macam mana Appa layan Omma aku! Kau boleh bayang, budak enam tahun tengok Omma dia menangis merayu kasih sayang suami sendiri? Dia doktor, tapi sakit isteri dan anak sendiri dia tak pernah ambil kisah. Kau takde kat tempat aku Minho,"

"Appa tu, dia tak pernah kisah apa yang aku nak study. Dia suruh kau jadi doktor supaya senang dia nak wariskan klinik tu pada kau. Tapi aku, aku yang hidup dengan dia dari kecil lagi, dia tak pernah peduli. Dia tak pernah tahu yang aku pun minat medic juga! Macam mana dia abaikan Omma aku sebab Omma kau, macam tu lah dia abaikan aku sebab kau! Sebab tu aku sanggup buat semuanya pada kau. Kau tak layak bahagia! Tak layak!" sambung Jeno lagi dengan nafas turun naik menahan rasa marah dan sedih.

Tuan Lee yang berada di tangga terkedu mendengar luahan hati Jeno. Wajahnya diraup penuh kesal. Semuanya salah dia.

"Jeno yaa,"

Jeno tidak menghiraukan panggilan bapanya sebaliknya dia meluru laju ke luar rumah.

"Appa, biar Minho yang pergi tengok dia,"

Minho melangkah mengikut Jeno. Rasa benci yang pernah ada pada Jeno sebelum ini seakan menghilang setelah mendengar luahan adiknya itu.

Sangkanya, Jeno yang hidup dengan Tuan Lee dari kecil beruntung berbanding dia yang dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Rupanya dia silap. Jeno lebih tersiksa dari dia.

"Jeno yaa, kau nak ke mana?"

Dia mengejar langkah Jeno yang berjalan keluar pagar itu.

"Jangan ikut aku lah tak guna!"

Minho tidak menghiraukan amaran Jeno. Dia terus mengikut lelaki itu. Sehingga lah mereka tiba di simpang keluar dari kawasam perumahan elit itu.

"Yaa, Lee Jeno!"

Dia berlari ke arah Jeno yang sedang melintas jalan tanpa melihat kiri kanan itu. Tubuh Jeno ditolak ke tepi bila sebuah kereta meluru laju ke arahnya.

Bumm!!!

FeelingsWhere stories live. Discover now