01

528 27 16
                                    

Hwang Minji melangkah tanpa menghiraukan pandangan dan bisikan pelajar-pelajar lain. Ini pasti gara-gara kejadian semalam.

Walaupun hakikatnya setiap hari dia selalu menjadi tumpuan di sekolah itu, tapi hari ini ianya lebih dahsyat dari selalu.

"Minji yaa,"

Langkahnya terhenti bila ada yang menghalang. Minji mengeluh perlahan melihat tiga pelajar lelaki yang kini berada di hadapannya.

"I dengar You kena tinggal dengan Jeno. Betul ke?" Soal Kim Jungwoo, pelajar tua setahun darinya.

"Tch, dah tahu buat apa tanya? Tepilah!"

Dia ingin berjalan melepasi mereka namun lengannya ditahan.

"Jadi girlfriend I lah? I can treat you better," Jungwoo tersenyum.

"In your dream!" Lengannya direntap lalu dia terus berjalan ke kelasnya.

Telinganya sempat mendengar carutan dari mulut Jungwoo.

Pelajar kelasnya yang terjenguk-jenguk di pintu sejak tadi mula ke tempat duduk masing-masing bila Minji muncul. Sekali lagi dirinya menjadi tumpuan.

Minji beriak biasa seperti tadi dan ke mejanya. Baru sahaja dia ingin duduk, kerusinya disepak.

"Yaa!"

Dia memandang Jeno yang baru masuk dari pintu belakang itu.

"Tukar tempat dengan Soojin boleh? Kau pun mesti tak selesa kan duduk dekat sebelah aku lepas kita dah break ni?"

Minji mengetap bibir dan menggenggam tangannya. Rasa marahnya cuba dikawal agar tiada pergaduhan berlaku pagi itu. Dia memandang pelajar perempuan yang berada di sebelah Jeno.

Kim Soojin. Kawannya sejak tahun pertama lagi. Juga gadis yang menyebabkan hubungannya dan Jeno terputus di tengah jalan. Tidak tahu sejak bila, tapi dia yakin Soojin lah yang mendekati Jeno dulu.

"Kau tak kisah kan Minji?" Soal Soojin sambil memintal hujung rambutnya.

Minji tidak membalas sebaliknya dia mengambil kesemua buku dari bawah mejanya. Kemudian dia ke satu tempat duduk kosong di bahagian hadapan.

Rasa sakit hatinya makin bertambah bila mendengar suara tawa Jeno dan Soojin.

.....



Hi hello anyyeong. I'm back with lee know fanfiction.

Happy reading <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy reading <3

FeelingsWhere stories live. Discover now