"Jadi, awak akan pindah lepas ni?" soal Minho.
Minji mengangguk lalu menyedut minuman kotaknya perlahan. Seperti biasa, dia dan Minho bertemu di bumbung sekolah pada waktu rehat. Dan apa yang dikatakan oleh bapanya semalam diceritakan pada lelaki itu.
"Bila?" soal Minho lagi.
"Bulan depan," balas Minji pendek.
Minho terdiam seketika. Beerti dia cuma punya masa lebih kurang dua minggu sahaja sebelum gadis itu berpindah.
"Saya ingatkan saya akan dapat tengok awak sampai saya tamat sekolah nanti,"
Minji memandang lelaki di sebelahnya itu. Jujur, dia juga berat hati mahu menerima semuanya. Walau dia dan Minho baru berkenalan hampir empat bulan, namun dia begitu selesa dengan lelaki itu seolah mereka sudah lama berkawan.
"Saya tak nak pergi kalau boleh. Tapi, sampai bila saya asyik nak melawan cakap Appa saya. Lagipun, Sunbae tahu kan banyak kenangan buruk saya dengan Jeno kat sini. Alang-alang dah nak move on dari semuanya, baik saya pergi jauh teruskan?"
"Betul. Awak patut lupakan semua kenangan buruk tu. Termasuklah Jeno dan kawan-kawan awak yang dah khianati awak tu. Nanti kalau awak balik sini lagi, semua tu dah tak patut ada dalam fikiran awak," Minho tersenyum nipis.
"Sunbae jangan sedih pula bila saya tiada nanti,"
Minho ketawa mendengar itu.
"Awak pun. Jangan sedih pula kalau waktu rehat dekat sekolah baru nanti dah takde orang nak layan semua cerita awak,"
"Haish, bencinya. Saya tiba-tiba terfikir macam mana kalau takde orang nak berkawan dengan saya kat sana nanti," riak wajah Minji berubah.
"Janganlah risau. Saya yakin awak akan ada kawan. Kawan yang jauh lebih baik dari yang dekat sini,"
Minji mengetap bibirnya. Rasa sedih tiba-tiba bertandang.
"Sunbae, boleh janji sesuatu dengan saya?" soal Minji.
"Janji apa?"
"Janji dengan saya yang Sunbae takkan lupakan saya waktu saya dah pindah nanti?"
Minho diam sebelum dia akhirnya tersenyum perlahan.
"Mestilah saya takkan lupakan awak," rambut Minji diusap.
"Lagi satu, sebelum saya pergi nanti, apa kata kalau kita keluar? Buat kali terakhir?" cadang Minji.
"Okay. Tapi, saya tak suka ayat awak tu. Bukan kali terakhir, sebab saya harap dan saya yakin kita akan jumpa lagi nanti,"
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|