40

147 20 2
                                    

"Minji yaa,"

Minji memutarkan bola matanya ke atas. Menyampah dengan Heejin yang sedang bersuara meleret begitu.

"Aku janji, ni last. Lepas ni aku tak bawa dah kau ke sini," lengan Minji dipeluk.

Minji memandang pintu masuk kelab malam yang pernah dikunjungi mereka dua minggu lepas. Malam itu, sekali lagi Heejin mengheretnya ke sana.

"Disebabkan aku pun nak release stress lepas kuiz tadi, so aku tak kisah sangat,"

"Yeay, ini yang aku sayang kau ni,"

Heejin menarik Minji ke arah tangga untuk ke kelab malam di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu. Masuk sahaja, bunyi bingit muzik kedengaran.

"Tu, Hyunjin kat situ,"

Mereka berdua ke arah bar di mana Hyunjin sedang berbual bersama Felix.

"Babe,"

Lengan Minji dilepaskan, dan dia mendapatkan teman lelakinya. Sempat bibirnya dicium Hyunjin sebelum lelaki itu mengajaknya ke bahagian tengah kelab di mana pengunjung lain sedang menari.

"You tak nak menari?" soal Felix.

"No. You nak pergi, pergi lah. I okay je sorang-sorang kat sini," Minji mengambil tempat di kerusi.

"Ah, okay. Kalau rasa nak menari, I ada," Felix sempat mengenyitkan matanya ke arah Minji sebelum dia ikut ke lantai dansa.

"Hey,"

Baru sahaja dia ingin memesan minuman, kerusi di sebelahnya ditarik.

"Kita berjumpa lagi, gadis yang cantik,"

Dia memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya.

"You dah lupa I? Nak I ingatkan?"

Lengannya tiba-tiba disentuh, membuatkan ingatannya tentang peristiwa dua minggu lalu kembali menjengah. Baru dia ingat, itu lah lelaki yang mengganggunya tempoh hari.

"Malam ni, I takkan lepaskan You," bisik lelaki itu.

"Gila!"

Minji merentap lengannya kuat membuatkan pegangan lelaki itu terlepas. Dia kemudian bangun dan berlalu pergi ke bahagian tengah kelab.

"You ingat You boleh lari?" lelaki itu ikut bangun.

"Haish, apa masalah dia?"

Minji cuba menyelit di antara orang ramai yang sedang menari itu. Dia cuba mencari kelibat Heejin, namun gagal menemuinya.

Saat dia bersesak di tengah orang ramai, tangannya tiba-tiba ditarik sehingga dia kini berada di dalam dakapan seseorang. Wajahnya yang berada di dada lelaki itu diangkat.

"Minho Sunbae," dia terkejut melihat Minho di hadapannya.

"Ikut saya,"

Minho menarik tangan Minji dan membawanya keluar dari kumpulan orang ramai itu.

FeelingsWhere stories live. Discover now