12

171 22 2
                                    

"Boleh juga," Minho mencapai sebatang rokok dari dalam kotak itu.

"Yaa! Saya main-main je lah," ujar Minji.

"Apa awak ingat budak kaki belajar macam saya ni tak pandai merokok ke?" soal Minho.

Dia mengambil pemetik api lalu menyalakan rokok yang dikepit di bibirnya. Minji memerhatikan tingkah lelaki itu.

"Uhuk!"

Minho terbatuk kuat sebaik sahaja dia menyedut bahan bernikotin itu. Dan itu membuatkan Minji ketawa.

"Tch, pandai merokok konon," ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

"Dah, tak payah cuba kalau tak pandai," Minji merampas rokok di tangan Minho lalu dicampak ke lantai dan dipijak.

Dan Minho juga dengan selamba menarik rokok di bibir Minji lalu dibuat perkara yang sama.

"Yaa, itu rokok terakhir!" Minji terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Tak payah merokok lah. Tak best," ujarnya.

"Tapi merokok buat saya hilang stress," ujar Minji pula.

"Awak tengah stress ke sekarang?"

Minji tidak menjawab sebaliknya tersenyum sinis. Teringat apa yang terjadi semalam.

"Maybe," ujarnya perlahan.

"Coklat. Apa kata awak makan coklat untuk hilangkan stress. Ya saya tahu coklat tu pun tak berapa elok sebab banyak kandungan gula. Tapi it's better than smoking,"

"Coklat? Macam malas je saya nak pergi beli coklat setiap kali stress. Lagipun leceh lah, nak kena simpan dalam peti ais bagai supaya tak cair," rungut Minji.

"Kalau macam tu, setiap kali awak stress, awak bagitahu saya. Saya akan datang beri coklat pada awak," ujar Minho.

"Betul?"

Minho mengangguk.

"Tak kisah bila-bila pun?"

Minho mengangguk lagi. Dan ianya membuatkan Minji tersenyum. Dia kemudian turun dari meja yang didudukinya sejak tadi.

"Kalau macam tu, sekarang. Saya rasa macam nak makan coklat sekarang," ujarnya.

"Boleh. Jom, kita pergi snack bar,"

Baru sahaja mereka ingin keluar, pintu bumbung tiba-tiba diketuk dari luar.

"Siapa kat sana? Saya dapat aduan ada pelajar merokok kat sini!"

"Tu suara-,"

"Sir Jongkook," ujar Minho.

"Hello! Ada orang tak? Jangan sampai saya pecahkan pintu ni!" suara guru disiplin itu kedengaran lagi.

"Sunbae, macam mana-,"

Minji terdiam bila Minho memeluk lehernya dari belakang dan menekup mulutnya.

"Shhh, nanti dia dengar suara kita," bisik Minho.

Minji benar-benar diam. Bukan kerana takut suaranya didengar. Tetapi kerana dia terkedu dengan perbuatan Minho itu.

"Dia dah pergi,"

Minho akhirnya melepaskan Minji apabila suara guru disiplin mereka itu tidak lagi kedengaran.

"Sunbaenim,"

"Wae?"

"Saya rasa lain kali je lah kita pergi makan coklat. Rehat dah nak habis," ujar Minji.

"Tapi-,"

"Saya baru teringat yang saya kena pergi bilik guru," tipu Minji.

"Ah, kalau macam tu lain kali saya belikan awak coklat,"

Minji mengangguk sebelum meminta diri. Sampai sahaja di tangga, dia menyentuh dadanya yang berdebar sejak tadi.

"Kau kenapa Hwang Minji?"

FeelingsWhere stories live. Discover now