29

151 23 5
                                    

Senyuman di bibir Minho masih lagi belum hilang gara-gara apa yang terjadi tadi. Masih terbayang di fikirannya wajah memerah Minji tadi atas perbuatan spontannya sendiri.

"Seronok nampak?"

Senyumannya mati saat dia masuk ke rumah bila mendengar suara itu. Pandangannya beralih pada tangga di mana seseorang sedang berdiri di sana.

"Mentang-mentang Appa beritahu dia balik lambat, kau keluar dengan anak dara orang sampai lewat malam macam ni,"

Minho berdecit perlahan.

"Selama ni kau keluar balik lambat, aku tak pernah kisah pun. Jadi jangan masuk campur hal aku," ujarnya.

"Seronok keluar dengan bekas aku?"

Langkah Minho yang ingin menaiki tangga itu terhenti. Dia memandang Jeno tajam.

"Apa? Betul lah aku cakap. Minji tu bekas aku," Jeno tersenyum sinis.

"You're so low. Ex girlfriend adik sendiri pun sapu. Eh, tapi tak pelik pun. Omma kau dulu pun macam tu, suami orang pun dia sapu," Jeno sengaja menyakitkan hati Minho lagi.

"Yaa! Kau-," kolar baju Jeno dicekak dengan tangan yang diangkat tinggi untuk menumbuk wajah itu.

"Apa? Nak pukul? Buat lah!" Jeno memprovok.

"Jaga bahasa kau Jeno. Kau takde hak nak cakap tentang Omma aku," Minho melepaskan Jeno.

"Takde hak? Yaa, aku ada hak sebab lelaki yang Omma kau goda tu Appa aku!"

"Kau yakin Omma aku yang goda Appa?" soal Minho.

"Habis tu? Appa yang goda dia? Hey, Appa aku dah ada Omma aku lah waktu tu. Buat apa dia nak cari perempuan lain?" soal Jeno.

"Sebab Omma kau-,"

"Lee Minho! Lee Jeno! Kamu buat apa? Bergaduh lagi?"

Automatik keduanya menoleh ke arah suara itu. Tuan Lee yang baru masuk ke rumah itu memandang keduanya.

"Appa,"

"Kamu berdua memang takkan pernah berhenti bergaduh kan? Kali ni sebab apa pula?" soal Tuan Lee.

"Takde apa. Appa, Minho naik dulu," Minho terus berlalu ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke bilik, dia mengeluh perlahan.

"Omma, Minho rasa Minho tak patut pun ikut dia balik ke sini. Minho patut terus tinggal dekat sana je,"

FeelingsWhere stories live. Discover now