48

155 19 5
                                    

"Sunbae!"

Minji berlari mendapatkan Minho sebaik sahaja dia tiba di luar apartmentnya. Tubuh lelaki yang sedang berdiri di hadapan kereta itu terus dipeluknya erat.

"Baru dua hari tak jumpa dah rindu?" soal Minho separa berbisik.

"Mesti lah," balas Minji bila pelukan dileraikan.

"Tapi saya tak boleh lama. Ada janji dengan kawan," ujar Minho sambil mengusap kepala Minji.

"Tahu," balas Minji.

Lelaki itu sudah memaklumkannya melalui panggilan telefon tadi.

"Sekejap,"

Minho melepaskan tangannya dari pinggang Minji lalu membuka pintu belakang keretanya. Kemudian dia muncul bersama sejambak bunga di tangan.

"Untuk awak,"

Makin lebar senyuman Minji menerima jambangan bunga baby breath kesukaannya itu. Dia menjengketkan kakinya lalu mencium pipi Minho sekilas.

"Gomawo. I really love it," ujarnya.

"Sorry, sebab tak dapat lama-lama. Saya janji, weekend nanti saya bawa awak keluar. Okay?"

Minji laju mengangguk.

"Saya nak siapkan assignment saya dulu. So nanti, kita boleh dating puas-puas,"

Minho tertawa kecil. Dia menundukkan wajahnya ke arah Minji dan bibir gadis itu dicium.

"Pergi masuk cepat, baru saya balik,"

"Okay. Jumpa nanti,"

Minji melambai sebelum dia berlari masuk semula ke bangunan apartmentnya. Setelah itu, baru lah Minho masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.

Lebih kurang dua puluh minit selepas itu, dia tiba di sebuah hotel. Tidak menunggu lama, dia masuk dan naik ke tingkat lima. Pintu bilik bewarna coklat gelap itu diketuk olehnya.

"Minho,"

Eunmi tersenyum menyambut kehadiran lelaki itu.

"Sampai bila nak stay kat sini?" soal Minho sambil melangkah masuk.

"Tch, ni mesti Omma I kan yang suruh You datang sini?" Eunmi mengambil tempat di sofa.

"Aunty risaukan You. Dah lah dengan rajuk You tu, You dah besar lah," ujar Minho.

"Ya lah, esok I balik rumah. Merajuk lama-lama pun bukan ada yang nak pujuk," cebik Eunmi.

Minho tertawa perlahan melihat tingkah gadis itu.

Ji Eunmi. Anak kenalan rapat bapanya. Dia mengenali gadis itu lima tahun lalu. Kebetulan mereka belajar di universiti yang sama dan mula rapat.

Pada Eummi lah dia banyak meluahkan cerita. Tentang ibunya, Jeno dan juga tentang Minji. Mereka sering bertukar cerita.

Dia dan Eunmi terlalu rapat sehingga tahap mereka boleh tidur di bilik hotel yang sama setiap kali mabuk selepas puas berhibur di kelab. Cuma Minho tahu batasnya. Dia tidak pernah melakukan hal yang berlebihan dengan Eunmi.

"Oh ya, I ada sesuatu nak bagitahu,"

"Apa dia? You dah ada girlfriend?" soal Eunmi berseloroh.

"Bingo!"

Senyuman di bibir Eunmi perlahan memudar.

"Siapa? I tak tahu pun You ada dekat dengan mana-mana perempuan,"

"You ingat kan Hwang Minji?"

Eunmi mengangguk.

"Itu budak perempuan yang You selalu cerita tu kan?"

"Ya, I dah jumpa dia semula. Kami dah selesaikan semua salah faham yang terjadi. And kami decide untuk mulakan semuanya. Dah hampir sebulan sebenarnya. Tapi I baru sempat nak cerita sekarang,"

Tidak lekang senyuman di bibir Minho saat bercerita.

"Bagus lah, I happy untuk You," Eunmi tersenyum hambar.

"You pula, bila nak cari boyfriend?"

FeelingsWhere stories live. Discover now