03

224 30 6
                                    

Minji memandang meja di mana tempat dia selalu duduk untuk menikmati makan tengaharinya. Atau lebih tepat, meja yang dikhaskan untuk Jeno dan kawan-kawannya. Tiada siapa yang berani duduk di meja yang berada paling hujung itu termasuk pelajar senior.

"Minji yaa," Sunwoo menegurnya saat dia tiba di situ.

Jeno dan Soojin segera memandangnya.

"Kau nak duduk sini?" Soal Jeno.

"Aku dah tak boleh duduk sini ke?" Soal Minji kembali.

Baru sahaja dia ingin duduk, Jeno dengan tiba-tiba menumpahkan air ke kerusi kosong di sebelah Soojin. Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan spontan lelaki itu.

"Kerusi tu basah. Pergi duduk tempat lain lah,"

Soojin dan Yiseo menahan tawa. Manakala Haechan, Sunwoo dan Jaemin memandang Jeno seakan mempersoalkan tindakan lelaki itu.

Minji berdecit perlahan. Dia mula sedar sesuatu. Sejak dia dan Jeno putus, Yiseo juga makin menjauhinya dan mula lebih rapat dengan Soojin. Sedangkan dulu Yiseo selalu bersama dengan dia berbanding dengan Soojin.

"Yaa, kau ingat aku akan mati ke kalau tak makan semeja dengan korang?" Soal Minji sinis.

Gelas air miliknya dicapai lalu tanpa berfikir panjang dicurahnya air itu ke dalam tray makanan Jeno yang masih mempunyai makanan itu.

"Yaa!" Jeno automatik bangun dan mula menjadi tumpuan seisi kafeteria.

"Mwo?" soal Minji tanpa rasa takut.

Jeno menatap gadis itu tajam. Minji tidak mengendahkannya lalu terus menghantar tray makanan yang langsung tidak terusik ke sudut hujung kafe dan melangkah pergi dari kafeteria.

Dia berlari ke arah tangga sehinggalah tiba di bumbung sekolah. Pintu dibuka dan dia terus ke tepi bangunan.

"Lee Jeno tak guna! Kau ingat aku akan mati ke hah lepas putus dengan kau?"

"Kim Soojin! Joo Yiseo! Korang ingat aku hadap sangat ke kawan macam korang!"

"Korang semua memang tak guna!"

Jeritan Minji memenuhi kawasan bumbung sekolah itu.

FeelingsWhere stories live. Discover now