"Yaa, lambat sampai,"
Minji yang baru mengambil tempat di sisi Heejin itu melepaskan nafas lega. Mujur sahaja pensyarah mereka belum masuk ke kelas.
"Ah, aku tidur lewat semalam," Minji tersengih.
"Seriously? Bukan selalu kau tidur awal ke? Buat apa semalam?" soal Heejin.
Minji diam. Teringat kembali apa yang terjadi di antara dia dan Minho semalam. Mereka menghabiskan masa berdua di apartment lelaki itu. Berkongsi cerita sepanjang lima tahun tidak bertemu.
Sedar sahaja, sudah jam tiga pagi. Jika dia tidak ada kelas pagi itu, pasti dia akan menerima pelawaan Minho untuk bermalam di kediamannya sahaja.
"Yaa, dengar tak aku tanya?" Heejin menyikunya.
"Ah, aku tak boleh tidur. Sebab minum coffee," tipu Minji.
Dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai hubungannya dan Minho yang kembali terjalin tidak sampai sehari itu.
"Oh, patut lah. By the way, lepas habis kelas nanti-,"
"Boleh aku duduk kat sini?"
Soalan Heejin tergantung saat Jeno tiba-tiba muncul.
"Dah takde kerusi lain ke?" soal Minji dingin.
Bertambah meluat dia dengan lelaki itu setelah mendengar cerita dari Minho semalam.
"Dah penuh," ujar Jeno.
Minji dan Heejin keduanya mula melilau memandang kerusi-kerusi lain di dalam dewan kuliah itu. Sehinggalah pintu dewan tiba-tiba dibuka dan pensyarah mereka muncul.
"Yang tengah berdiri, silakan duduk! Kelas akan mula dalam masa lima minit," suara Doktor Kim memenuhi seisi dewan.
Jeno lantas mengambil tempat di kerusi kosong sebelah Minji dengan selambanya. Tidak dipedulikan jelingan gadis itu.
Sepanjang kelas berlangsung, Minji berada tidak nyaman dengan Jeno yang berada di sebelahnya. Bukan dia tidak sedar yang lelaki itu kerap kali mencuri pandang ke arah dia.
Setelah hampir dua jam, kelas pagi itu tamat juga. Minji dengan pantas mengemas barang-barangnya begitu juga dengan Heejin.
"Korang jom, kita pergi kafe. Aku belanja korang minum," pelawa Jeno pada dua gadis itu.
"Sorry, rasanya kau boleh ajak orang lain," ujar Minji.
"Minji yaa,"
Jeno menahan lengan gadis itu yang berjalan melepasinya.
"Yaa, apa kau ni?" soal Minji geram.
Ikutkan dia mahu menjerit memaki lelaki itu yang sesuka hati menyentuhnya. Tetapi dia masih waras lagi dan tidak mahu meninggalkan kekecohan memandangkan masih ramai pelajar di situ.
"Aku ajak kau minum je, jangan lah sombong sangat," ujar Jeno selamba.
"Yaa!"
Heejin memukul tangan Jeno dengan beg tangannya membuatkan lelaki itu terpaksa melepaskan lengan Minji.
"Jangan lah paksa kalau orang dah tak nak,"
Tidak menunggu balasan lelaki itu, Heejin lantas menarik tangan Minji keluar dari dewan kuliah itu. Meninggalkan Jeno yang sedang menahan rasa marahnya buat dua gadis itu.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|