42

140 20 6
                                    

Minho memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia memandang Minji di sisinya dengan wajah keliru.

"Apa maksud awak?" soalnya kembali.

"Macam mana Sunbae buat semua ni? Macam mana Sunbae boleh buat macam takde apa-apa yang jadi lepas apa yang Sunbae buat dulu? Kenapa saya je yang kena rasa sakit hati macam ni? Kenapa Sunbae nampak tak terkesan langsung?" soal Minji sambil dia memandang lelaki itu.

Minho meraup wajahnya kasar.

"Saya buat apa? Dari haritu lagi awak asyik cakap benda yang sama. Saya betul-betul tak faham. Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu! Kenapa awak buat saya macam ni?" tatapan Minji dibalasnya.

"Sunbae nak salahkan saya pula? Sunbae lupa? Sunbae tinggalkan saya tanpa cakap apa-apa. Saya macam orang bodoh tunggu call dan mesej dari Sunbae lepas apa yang jadi kat sekolah pagi tu. Saya tunggu Sunbae yang cari saya dulu sebab saya tak nak Sunbae rasa terganggu. Tapi bila lama sangat Sunbae diam, saya sendiri yang cari Sunbae. Call, mesej, semuanya takde balasan! Saya tunggu Sunbae macam orang gila. Tapi Sunbae, Sunbae boleh pergi macam tu je tanpa beritahu saya apa-apa," mata Minji mula berkaca.

Rasa sakit saat mengetahui lelaki itu meninggalkannya dulu masih dapat dirasai.

"Minji yaa, awak cakap apa ni?Apa maksud awak saya tinggalkan awak? Saya tak faham," ujar Minho keliru.

Minji mengerutkan dahinya. Keliru dengan reaksi Minho saat itu.

"Sunbae betul-betul lupa yang Sunbae pergi ke luar negara tanpa beritahu saya?"

"Yaa, Hwang Minji. Awak cakap apa ni? Saya tak pernah ke luar negara atau ke mana-mana pun lah. Boleh tak awak jangan merepek?" Minho mengusutkan rambutnya.

"Apa maksud Sunbae? Sunbae tak pergi mana-mana? Bukan ke Sunbae sambung belajar dekat luar negara lepas apa yang jadi antara Sunbae dan Jeno tu?" soal Minji dengan nada keliru juga.

Minho laju menggeleng.

"Tak, Minji. Saya belajar dekat sini je. Saya tak pernah ke luar negara pun. Saya cuma tukar sekolah sebab Appa risau saya akan terus bergaduh dengan Jeno kalau kami bersekolah di tempat yang sama," jelas Minho.

Makin keliru Minji dibuatnya.

"Habis tu, kenapa Sunbae tak call saya? Tak mesej saya?"

Minho mengeluh perlahan.

"Telefon saya hilang. Lepas tu, saya cuba cari awak guna social media, tapi tetap tak berjaya. Sampai lah tiga bulan lepas awak pergi, saya dapat mesej dari sepupu awak Sunwoo. Dia beritahu yang awak minta saya supaya jangan cari awak lagi," sambung Minho lagi.

"Sunwoo buat macam tu?" soal Minji tidak percaya.

"Ya. Saya dapat mesej dari dia. Dia suruh saya lupakan awak sebab awak sendiri yang tak nak saya cari awak lagi,"

"Tak, tak mungkin Sunwoo buat macam tu,"

Tiada sebab untuk Sunwoo melakukan semua itu. Dia masih ingat Sunwoo yang berusaha untuk mencari maklumat tentang Minho untuk membantu dia.

"Minji yaa, boleh saya tahu dari mana awak dengar cerita tentang saya ke luar negara tu?"

Minho bersuara setelah beberapa minit suasana kekal diam antara mereka.

"Saya pergi rumah Sunbae. Guard dekat rumah tu yang beritahu Sunbae dah ke luar negara,"

FeelingsWhere stories live. Discover now