33

145 23 0
                                    

Minji membuka pintu bumbung sekolah namun hampa. Minho tiada di situ seperti kebiasaannya. Dengan langkah lemah, dia berjalan ke arah meja yang selalu menjadi tempat dia dan Minho berjumpa.

Roti dan air kotak di tangan dipandang sepi. Tiada niat mahu menikmatinya memandangkan dia berseorangan hari itu.

Dia mula teringat apa yang terjadi pagi tadi. Tentang berita mengenai hubungan Minho dan Jeno. Juga fitnah yang dilempar Jeno padanya. Hasilnya, sepanjang kelas berlangsung dia tidak dapat fokus. Fikirannya bercelaru. Lebih-lebih lagi bila Jeno langsung tidak masuk ke kelas sejak dipanggil ke bilik disiplin.

"Aku dah agak, kau kat sini,"

Minji menoleh ke arah suara itu.

"Sunwoo,"

Tanpa dipinta, lelaki itu duduk di sisinya.

"Kau tunggu Minho Sunbae? Kalau ya, lupakan je lah. Jeno dengan dia dah balik lepas Appa diorang datang tadi,"

"Kau tahu?"

"Tahu apa? Tentang Jeno dengan Minho Sunbae?"

Minji mengangguk.

"Tahu. Dua bulan lepas, waktu birthday Appa Jeno. Waktu tu baru kitorang tahu. Kalau lah aku tahu yang kau dan Minho Sunbae berkawan, mesti aku dah beritahu kau," ujar Sunwoo.

"Tapi, betul ke apa yang Jeno cakap? Kau sebenarnya-,"

"Kau percaya aku curang dengan Jeno dulu?" laju Minji memotong percakapan sepupunya itu.

"Tak. Aku tahu kau sayang Jeno macam mana,"

"Bagus lah. Sekurang-kurangnya ada juga yang tak terpedaya dengan dia,"

"Yaa,"

Minji memandang Sunwoo.

"Mianhei. Sebab aku tak jadi sepupu yang baik untuk kau. Padahal dulu aku janji dengan Omma kau yang aku akan jaga kau. Sekarang ni, kau dah nak pindah pun,"

Minji ketawa perlahan.

"Yaa, tak payah lah buat muka sedih macam tu," bahu Sunwoo ditolak.

"Aku serius Hwang Minji. Patutnya aku beritahu kau waktu aku tahu Jeno curang dulu. Jadi kau tak perlu terluka bila kau tahu. Mianhei,"

"Benda dah lepas. Lupakan je lah,"

"Kau nak aku ikut kau pindah? Aku boleh beritahu Appa aku,"

"Kau sanggup tinggalkan kawan-kawan kau dan populariti kau kat sini?" soal Minji kembali, sekadar ingin mengusik.

"Aku sanggup,"

"Aku bergurau je lah. Tak payah lah ikut aku. Minhyun Oppa dengan Eunbi Unnie kan ada kat sana. Bukannya aku sorang,"

"Ah tak kira! Aku nak ikut juga,"

"Tak payah lah gila!"

"Nak juga!"

Dan tercetuslah pergaduhan kecil antara dua sepupu itu. Sekaligus membuatkan Minji sedikit lupa pada apa yang telah terjadi.

FeelingsWhere stories live. Discover now