56

132 17 2
                                    

"Tahniah Minho, Eunmi,"

Minho sekadar tersenyum nipis membalas ucapan para tetamu di majlis pertunangannya itu. Dia tidak rela berada di situ atau menjadi orang terpenting di majlis itu. Semuanya atas desakan keluarga Eunmi.

Selepas apa yang terjadi di kediaman keluarga kenalan rapat bapanya itu, dua keluarga tersebut bersepakat untuk menyatukan Minho dan Eunmi.

Walau puas dia menjelaskan yang semua itu sekadar salah faham, namun tetap tiada siapa yang mempercayai dia. Lebih-lebih lagi bila Eunmi langsung tidak membuka suara.

Dia sendiri keliru dengan gadis itu. Eunmi seakan menyembunyikan sesuatu darinya. Tetapi bila dia mendesak, gadis itu akan menangis dan menjauhi dia.

Minho makin buntu bila gadis itu memaklumkan yang dia hamil. Menyebabkan majlis pertunangan mereka dipercepatkan. Manakala majlis perkahwinan pula, akan dilangsungkan dalam masa sebulan lagi.

"Minho yaa, I nak ke tandas sekejap,"

Suara Eunmi menyentakkan lamunannya. Minho sekadar mengangguk sebelum dia meneruskan aktiviti menyapa tetamu yang kebanyakannya adalah rakan Tuan Lee dan Tuan Ji.

Sementara itu, di luar dewan mewah itu, Minji memerhatikan semuanya. Dia ada di situ sejak majlis bermula sejam yang lalu.

Hatinya sakit melihat senyuman di bibir Minho dan Eunmi. Mereka nampak seperti pasangan yang bahagia sekali.

"Hwang Minji,"

Jeno datang dan berdiri di sebelah gadis itu. Dia lah yang membawa Minji ke majlis itu sebenarnya.

"Aku nak balik," Minji bersuara sambil menyeka air mata yang hampir mengalir.

"Aku hantar kau,"

Minji tiada daya untuk menghalang dan hanya mengikut langkah Jeno ke kereta lelaki itu.

"Perempuan tu anak kawan Appa, dia rapat dengan Minho sebab diorang ambil jurusan yang sama. And kalau kau nak tahu, diorang selalu ke kelab bersama, lepas tu check in hotel," Jeno bersuara sambil dia mula memandu.

"Tch, kau nak burukkan Minho lagi ke?" soal Minji.

"Aku burukkan dia? Minji yaa, ini semua kenyataan tau. Tu, kau boleh buka dashboard tu,"

Minji menurut dan membuka dashboard di hadapannya. Beberapa keping gambar kini di tangannya. Ianya gambar Minho dan Eunmi yang berpelukan keluar dari kelab malam. Ada juga gambar mereka di pintu masuk hotel.

Dan gambar terakhir yang dipegangan dia kini, adalah gambar Minho yang sedang berpelukan dengan Eunmi di halaman rumah gadis itu. Melihat tarikh di gambar tersebut, hati Minji makin sakit.

"Appa yang suruh aku tengok-tengok kan Minho. Sebab prestasi kerja dia makin teruk. Selalu masuk lambat, balik awal. Ada hari dia tak masuk klinik langsung,"

"Aku tak nak percaya semua ni. Tapi-," Minji tidak mampu menghabiskan ayatnya.

Walau dia mahu menafikan semuanya, tetapi dia sendiri ragu-ragu. Bukti di hadapannya terlalu payah untuk disangkal lagi.

"Minji yaa, tinggalkan dia. Balik pada aku. Aku janji, aku akan jaga kau lebih baik dari dia,"

Tangan Minji dicapai dan digenggam oleh Jeno.

FeelingsWhere stories live. Discover now