Minji memerhatikan satu-persatu rakan sekelasnya yang melangkah keluar dari kelas bila tiba waktu rehat. Termasuklah Jeno dan Soojin yang berpegangan tangan keluar dari situ.
"Minji yaa,"
Sunwoo berhenti di hadapan mejanya. Minji segera bangun namun lengannya ditahan.
"Apa kau ni?" soalnya rimas.
"Kau tak sapu ubat?" Sunwoo memandang siku Minji yang masih nampak kesan luka itu.
"Takde masa. Lagipun nanti dia okay sendiri lah tu," dia menarik lengannya.
"Yaa, tentang apa yang kau cakap semalam, aku minta maaf,"
"Tch, tak payah lah. Tak penting pun,"
"Tapi-,"
"Sunwoo ah, kalau aku cakap aku nak kau berhenti kawan dengan Jeno baru aku maafkan kau, kau sanggup?" soal Minji.
Sunwoo diam.
"Tak kan?"
Minji tahu Sunwoo tidak sanggup putus kawan kerana dia suka populariti kumpulan mereka yang diketuai Jeno itu.
"Jadi, kau tak payah lah nak minta maaf ke apa dengan aku. Tak payah risau tentang aku. Aku boleh hidup walaupun tak berkawan dengan korang," bahu Sunwoo ditepuk sebelum dia berjalan keluar dari kelas.
Destinasinya hanya satu. Bumbung sekolah. Sampai sahaja di sana, dia mengunci pintu dan ke bahagian kiri bumbung di mana meja-meja dan kerusi-kerusi terpakai berada.
Tangannya diseluk ke dalam poket blazer. Kotak rokok milik bapanya yang dicuri pagi tadi dikeluarkan berserta dengan pemetik api. Sebatang rokok diambil dan dinyalakan.
"Awak merokok?"
"Arghh!"
Minho ketawa bila mendengar jeritan gadis itu.
"Sunbaenim!" Minji menjerit tidak puas hati sambil memandang rokok yang sudah jatuh itu.
"Macam mana Sunbae masuk? Saya dah kunci pintu,"
Minho mengerutkan dahinya seakan berfikir.
"Guna magic," ujarnya.
"Tch, ingat saya budak-budak ke nak tipu macam tu?" Minji mencebikkan bibirnya.
"Saya dah sampai sini sebelum awak lagi," ujar Minho.
Dia memerhatikan Minji yang mengeluarkan sebatang lagi rokok dan menyalakannya.
"Saya tak tahu pula awak merokok," ujarnya lagi.
Minji ketawa perlahan.
"Budak bermasalah macam saya ni, apa je benda jahat saya tak buat. Bunuh orang je belum," ujar Minji.
"Nak?" soal Minji sambil menyuakan kotak rokok di hadapan Minho.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|