Jeno yang ingin masuk ke rumah itu, terhenti langkahnya bila pengawal keselamatan rumahnya memanggil dia.
"Ada apa Ahjussi? Saya penat lah baru habis kelas,"
"Encik Jeno, tadi Encik Minho datang cari saya. Dia tanya tentang lima tahun lepas. Waktu ada kawan dia datang cari dia tu," Ahjussi Hong bersuara.
Jeno berdecit perlahan.
"Habis tu, Ahjussi bagitahu ke?" soalnya kembali.
"Maaf, Ahjussi terpaksa jujur sebab dia ugut untuk pecat Ahjussi. Encik Jeno tahu kan, sekarang ni susah nak dapat kerja. Lagi-lagi umur macam Ahjussi ni," sayu sahaja suara Ahjussi Hong.
"Takpe. Lagipun dah tiba masanya Minho tahu perkara sebenar. Ahjussi jangan risau, takde siapa yang akan pecat Ahjussi,"
Jeno kemudian meneruskan langkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak terkejut melihat Minho yang muncul dari dapur itu.
Dia sudah mengagak abangnya itu masih ada di rumah memandangkan kereta lelaki itu elok terparkir di garaj.
"Yaa!"
Dia yang ingin menaiki tangga menoleh malas ke arah Minho.
"Aku rasa Ahjussi mesti dah bagitahu kau kan?" soal Minho.
"Bagitahu apa? Tentang aku upah dia lima tahun lepas tu? Yaa, kau ni nama je top student, tapi takde lah bijak mana. Lepas lima tahun baru kau tahu," Jeno tertawa sinis.
"Apa motif kau hah tak guna?"
Minho mencekak kolar baju Jeno.
"Motif aku? Of course nak pisahkan kau dengan Minji. Kau tu, tak layak nak bahagia dengan dia lah!" tatapan Minho dibalas tanpa takut.
"Kenapa? Kau tercabar kan? Sebab dia pilih aku walaupun kau dah rayu dia supaya balik pada kau? Betul tak?" kali ini Minho pula yang tertawa sinis.
Sengaja memprovok Jeno.
"Sial!"
Jeno menolak tangan Minho dari terus mencekak kolar bajunya. Satu tumbukan dilayangkan ke wajah lelaki itu.
"Kau ingat kau bagus sangat ke?" jerit Jeno.
"Ya, aku memang bagus! Jauh lebih bagus dari kau!" ujar Minho sambil mengesat kesan darah di tepi bibirnya.
"Tch, jangan nak berlagak sangat lah! Kau kena sedar, kau tu anak tak sah taraf! Mana sesuai dengan Minji atau mana-mana perempuan!"
"Yaa, jaga mulut kau tak guna!"
Sekali lagi kolar Jeno dicekak sambil dia menatap wajah itu berang.
"Yaa Lee Minho, daripada kau buang masa dekat sini. Baik kau fikir cara untuk berbaik dengan Minji. Rasanya dia bencikan kau sekarang. Betul tak?" Jeno tertawa sinis.
Perlahan, Minho melepaskan adiknya itu.
"Kau kena cepat Minho, atau Minji akan jadi milik aku semula," ujar Jeno sebelum dia naik ke atas.
Saat berada di anak tangga paling atas, dia berpaling memandang Minho lagi.
"Ah, lagi satu, aku lah Kim Sunwoo yang mesej kau dulu," sinis Jeno.
"Tak guna!" jerit Minho berang.
Jeno hanya ketawa melihat Minho yang sudah melangkah ke arah pintu utama itu.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|