Pagi itu, sekali lagi pelajar sekolah riuh bila melihat penampilan baru Hwang Minji. Gadis yang dikenali dengan rambut smoky lilac itu kini merubah penampilannya.
Rambut ikal yang hampir mencecah pinggang itu kini sudah dipotong pendek separas bahu dan diluruskan. Malah, yang lebih mengejutkan ianya sudah diwarnakan hitam kembali.
"Gila lah, kau nampak rambut baru Minji tadi?"
"Lama sangat dia warnakan rambut dia, sampai aku lupa macam mana dia bila rambut dia hitam macam kita,"
"Untunglah jadi cantik kan? Rambut macam mana-mana sekali pun tetap cantik,"
"Hwang Minji memang terbaik. She rocks every style,"
"Aku dah terbiasa tengok dia dengan rambut purple dia tu sampaikan bila rambut dia dah hitam semula rasa pelik. Tapi tetap cantik je,"
"Tch, agak-agak si Soojin tu nanti mesti nak tukar rambut jadi hitam semula. Dia kan suka tiru Minji,"
Minji hanya tersenyum mendengar semua itu. Dia melangkah masuk ke dalam kelas seperti biasa dan ke tempat duduknya.
"Minji! Cantiklah rambut kau!" Heejin datang ke mejanya.
"Ah, aku buat dekat salon kawan mendiang Omma aku. Kalau kau nak ke sana bagitahu. Aku boleh minta diorang bagi diskaun,"
"Wow, seriously?"
Minji mengangguk.
"Minji yaa, aku suka gila rambut kau yang dulu. Tapi yang sekarang pun aku suka juga," Nakyung memuji.
Dan beberapa pelajar perempuan yang lain turut ke meja Minji.
"Minji yaa, mianhei. Dulu aku ingatkan kau sombong. Rupanya tak pun," ujar Heejin.
Minji diam. Dia juga sebenarnya terkejut kerana tidak menyangka dia akan berbual bersama rakan sekelasnya yang lain. Selama ini cuma Soojin dan Yiseo kawan perempuannya. Dan dia bersendirian bila mereka berdua meninggalkannya.
"Betul tu. Lepas ni, kau tak kisah kan kalau kitorang tegur kau macam ni?" soal Gowon.
Minji mengangguk perlahan dan tersenyum membuatkan mereka ikut tersenyum. Dan mereka mula berbual sementara menunggu kelas pertama bermula.
Tanpa mereka sedari, Soojin yang baru masuk dari pintu belakang melihat semua itu dan mula menyumpah perlahan. Sakit hatinya melihat penampilan Minji yang menjadi buah mulut pada pagi itu.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|