Jeno melangkah malas ke dalam bangunan sekolah. Pergaduhan antara dia dan Soojin semalam membuatkan dia masih berasa sakit hati dan marah.
"Haish, tak guna," Jeno merungut saat tiba di hadapan kelas.
Melihat Soojin yang sedang berbual dengan Jungwoo itu membuatkan dia sakit hati.
"Jeno annyeong," Jungwoo menegur.
"Kau buat apa kat sini? Bukan sepatutnya pelajar tahun akhir busy ke?" soalnya.
"Jeno, jaga lah bahasa You. Dia senior kita lah," Soojin menegur.
"Tch, takde masa lah nak hormat senior buaya macam ni. Dah, jom masuk," lengan Soojin ditarik masuk ke kelas.
"You ni kenapa? Kesian Jungwoo Sunbae You layan dia macam tu," ujar Soojin.
"You tu yang kenapa? Bukan main susah lagi You nak angkat call I kan? Pergi mana semalam? Tak puas lagi cuti seminggu haritu?"
Soojin mengetap bibirnya. Cuti yang dimaksudkan Jeno adalah tempoh di mana dia digantung sekolah akibat bergaduh dengan Minji tempoh hari.
"Dah lah Jeno, I malas nak layan You," Soojin mengeluarkan telefon bimbitnya.
Mereka tidak bercakap sehingga lah pelajaran bermula. Dan pelajaran terakhir sebelum waktu rehat adalah masa yang mendebarkan buat pelajar kelas itu iaitu subjek Biologi yang diajar Miss Yuri.
Hari itu, mereka akan mendapat markah ujian bulanan yang diadakan beberapa hari lepas. Guru muda itu mula mengeluarkan senarai markah di tangannya.
"Macam biasa, markah tertinggi untuk kelas ni. Lee Jeno,"
Seisi kelas mulai bersorak saat Jeno bangun untuk mengambil markahnya. Diikuti dengan pelajar lain.
"Hwang Minji,"
Kini Minji menjadi tumpuan.
"You did well. Banyak sangat peningkatan awak kali ni. Kekalkan prestasi ni," puji Miss Yuri.
"Thank you Miss," Minji tersenyum mendengar itu sebelum kembali ke tempat duduknya.
"Dia dah ada personal tutor?" Jeno mengerutkan dahinya.
"You cakap apa?" soal Soojin.
"Takde apa," Jeno menggeleng.
Sepanjang kelas, dirinya asyik mencuri pandang Minji yang nampak sangat bersemangat itu. Sedangkan sebelum ini, subjek Biologi adalah yang palinh dibenci oleh Minji. Sedikit sebanyak, hati Jeno mula tertarik untuk mengambil tahu soal Minji lagi.
:::::
Hmm jeno dah mula rasa tergugat lah tu.😌
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|