22

156 23 4
                                    

Jeno mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil bila panggilannya tidak dijawab oleh Soojin. Dia membaringkan tubuhnya ke atas katil. Matanya dipejamkan dan dia teringat apa yang terjadi di sekolah tadi.

Miss Yuri melangkah keluar dari kelas setelah waktu rehat bermula. Jeno memandang Minji yang mengemas bukunya dan segera keluar dari kelas dengan senyuman lebarnya. Soojin dan Yiseo juga sudah melangkah terlebih dahulu.

"Yaa, kau nak ke mana?" Haechan menyoal bila melihat dia bangun.

"Perut aku rasa tak selesa lah. Korang makan lah tanpa aku," ujarnya.

Dia terus berjalan keluar dari kelas dan mencari kelibat Minji yang hilang di tengah laluan yang dilalui ramai pelajar itu.

"Yaa, kau nampak Minji?" lengan salah seorang pelajar di situ ditahan.

"Minji Sunbaenim? Saya selalu nampak dia ke rooftop bila rehat. Mungkin hari ni pun dia kat sana," ujar pelajar tahun pertama itu.

Jeno mengangguk dan terus ke tangga untuk ke bumbung sekolah. Sampai di sana, dia membuka pintu dengan perlahan. Dan saat itu, dia dapat mendengar tawa Minji.

Dia memandang ke arah kiri bumbung. Dilihatnya Minji sedang duduk menikmati makanan bersama seseorang. Jeno mengecilkan matanya bagi melihat gerangan yang bersama Minji itu.

Beberapa detik selepas itu, angin bertiup perlahan. Rambut Minji beralun ditiup angin dan mulai menutup wajahnya. Lelaki itu menyelitkan rambut Minji ke belakang telinga gadis itu sambil mereka saling bertatapan.

Dan Jeno, dia akhirnya dapat melihat wajah lelaki itu. Perlahan tangannya digenggam membentuk penumbuk. Bibirnya diketap geram. Dengan penuh rasa amarah, dia berjalan pergi dari situ tanpa mereka dua sedari.

"Tch, cepat betul kan kau cari pengganti aku Minji?" Jeno tergelak sinis.

FeelingsWhere stories live. Discover now