Minji melangkah masuk ke dalam rumah. Dahinya berkerut melihat sebuah bagasi yang berada di tepi tangga.
"Ahjumma!"
"Ya Cik Minji!"
Terkocoh-kocoh pembantu rumah yang berbadan sedikit gempal itu berlari dari dapur.
"Siapa punya?" Jari telunjuk dihala pada bagasi tadi.
"Appa Cik lah,"
"Appa? Appa nak pergi mana?" Soalnya.
Pada masa yang sama Tuan Hwang muncul dari tingkat atas. Dia lengkap berpakaian formal.
"Appa nak ke mana?" Soal Minji.
"Oustation,"
"Again? Appa baru je balik dua hari lepas. Takkan harini dah nak pergi lagi?" Soal Minji.
"Hmm," Tuan Hwang membalas pendek.
Dia sibuk menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Minji yang tahu betapa sibuknya bapanya, terus ke tangga. Kalau dia cakap lebih-lebih pun tiada guna, bapanya tetap akan pergi. Siapalah dia untuk menghalang.
"Hwang Minji!" Langkahnya terhenti.
"Kad kredit Appa dah letak dekat atas meja kamu," ujar Tuan Hwang.
"Lagi satu, guru kelas kamu call lagi tadi. Dia suruh kamu warnakan rambut kamu ke warna hitam semula," sambung Tuan Hwang lagi.
"Shirreo!"
"Yaa, kamu-,"
Minji terus berlari naik ke bilik. Masuk sahaja, pintu terus dikuci. Beg sekolah dicampak sahaja ke lantai lalu dia ke meja soleknya. Rambut separas bahu yang bewarna smokey lilac itu dipandangnya.
"Tch, jangan harap aku akan dengar cakap dia," ujarnya.
Matanya kemudian jatuh pada kad yang berada di atas meja soleknya itu. Diambil dan dibeleknya kad itu sebelum ianya diletak kembali dengan kasar.
"Tch, kawan pun dah takde. Maksudnya aku memang takkan keluar dari rumah lah,"
Dia melangkah ke katil dan merebahkan tubuhnya di sana. Matanya dipejam dan wajah seseorang muncul di fikirannya.
"Omma, Minji rindu Omma,"
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|