Minji memandang bagasi miliknya yang berada di tepi katil itu. Satu keluhan kemudian terlepas dari bibirnya.
Telefon bimbit yang berada di tepi meja katil dicapai. Hampa hatinya melihat tiada satu pun panggilan atau pesanan dari Minho.
Sejak apa yang terjadi lima hari lepas, Minho dan Jeno keduanya tidak hadir ke sekolah. Puas dia menelefon lelaki itu namun panggilannya lansung tidak dijawab. Mesej juga tidak dibalas.
Sudah pasti dia rindu akan lelaki itu. Tambahan lagi, dia cuma ada masa lebih kurang lima jam sebelum dia akan berangkat pergi dari tanah air.
"Kim Sunwoo! Kenapa aku tak terfikir nak minta tolong dia?"
Minji bangun dan terus melangkah keluar dari bilik lalu berlari ke tingkat bawah.
"Oppa, Minji nak keluar sekejap," sempat dia memberitahu Minhyun yang sedang duduk di ruang tamu.
"Jangan lama sangat. Lagi dua jam kita kena ke airport,"
"Nae!"
Mungkin nasibnya baik, keluar sahaja dari rumah, Sunwoo tiba dengan motosikalnya. Belum sempat sepupunya itu mematikan enjin motosikal, dia meluru mendapatkannya.
"Yaa, bawa aku pergi rumah Jeno sekarang,"
"Hah? Kau nak buat apa? Kau dah berbaik dengan di ke?" soal Sunwoo keliru.
"Jangan nak merepek. Aku nak jumpa Minho Sunbae,"
Sunwoo tiada pilihan selain bersetuju untuk menghantar sepupunya itu. Selepas menyerahkan topi keledar pada Minji, gadis itu terus memboncengnya dan mereka terus pergi meninggalkan rumah itu.
Lebih kurang 20 minit selepas itu, Sunwoo berhenti di hadapan sebuah rumah agam bewarna putih. Keduanya turun dari motosikal dan berjalan ke arah pagar. Tangan Sunwoo lantas menekan loceng.
Tidak sampai lima minit, pagar terbuka dan seorang pengawal keselamatan muncul di hadapannya.
"Cik, cari siapa?" soal lelaki paruh abad itu.
"Lee Minho. Dia ada?" soal Minji.
"Cik ni kawan Tuan Muda Minho ke? Kalau Cik kawan dia, mesti Cik tahu dia takde kat sini," pengawal itu menyoal kembali.
"Takde? Dia ke mana?"
"Tuan Lee dah hantar dia belajar ke luar negara,"
"Mwo?"
"Ya. Jadi rasanya, Cik tak perlu cari dia kat sini lagi," pengawal itu terus meninggalkan Minji dan Hyunjin sebelum menutup pagar.
"Minji yaa, kau okay?" soal Sunwoo.
"Kenapa dia pergi macam tu je? Kenapa dia tak bagitahu aku?"
Sunwoo memeluk bahu sepupunya itu. Cuba untuk menenangkan dia.
"Kita balik jom? Nanti lambat pula kau nak ke airport,"
Minji hanya akur bila Sunwoo menariknya ke arah motosikal. Sebelum mereka pergi, sempat dia memandang ke arah rumah agam itu lagi.
Mengharapkan yang sebenarnya Minho masih ada di sana dan sedang memandang ke arah dia. Namun hampa, itu hanyalah angannya sahaja.
Dia harus sedar yang lelaki itu sudah pun memilih untuk pergi meninggalkan dia tanpa sebarang berita.
:::::
Sorry, lama tak update.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|