"Minji yaa,"
Minji mengeluh perlahan dan dengan malas, dia menutup kembali pintu keretanya lalu berpaling ke arah namanya diseru tadi.
"Kau nak apa? Aku nak balik lah, penat," ujarnya.
"Aku nak tumpang kau boleh?" soal Jeno selamba.
"Gila ke? Takde masa lah aku nak tumpangkan kau,"
Minji kembali membuka pintu keretanya. Kalau lama-lama di situ, boleh gila dia layan Jeno.
"Minji please? Kereta aku tengah service jadi aku tak drive,"
Tangan Jeno menahan pintu kereta dari dibuka.
"So? Masalah aku ke? Pergi lah naik teksi ke bas ke? Atau minta tolong lah kawan-kawan kau. Jangan kacau aku,"
Tangan Jeno ditolak.
"Aku mana ada kawan kat sini. Aku masuk semester terakhir dah, mana sempat nak cari kawan. Kau dengan Heejin je yang aku kenal kat sini," ujar Jeno lagi.
"Yaa, kau ingat kalau kau cakap macam tu aku nak kesian kat kau? Dah lah Jeno! Aku dah pernah cakap kan yang aku menyampah nak tengok muka kau! So, tolonglah berambus!"
Tubuh Jeno sedikit ke belakang bila Minji menolaknya kuat. Dia kemudian berdecit perlahan.
"Yaa, kau dengan Minho macam mana sekarang? Dia mesti dah lama tak luangkan masa dengan kau kan?"
Jeno tersenyum bila dia berjaya membuatkan Minji tidak jadi masuk ke kereta.
"Jangan sibuk hal aku boleh tak?" soal Minji geram.
"Kau tak nak tahu kenapa dia sibuk sangat sekarang ni?" soal Jeno lagi.
Minji menggenggam tangannya erat. Dia rasa tergugat dengan soalan itu. Kerana sudah hampir dua minggu dia dan Minho tidak bertemu. Kali terakhir mereka meluangkan masa adalah ketika dia ke apartment lelaki itu setelah Minho terlupa mengenai dinner date mereka. Lelaki itu terlalu sibuk kebelakangan ini.
Panggilannya juga sering tidak berjawab. Begitu juga dengan mesej yang dikirim pada lelaki itu. Sama ada Minho akan lambat membalasnya atau tidak berbalas langsung.
"Minji yaa," Jeno menarik bahu gadis itu.
"Lee Minho nak bertunang esok," beritahu Jeno.
"Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan Jeno? Kalau sekarang ni kau tengah cuba nak pisahkan kami lagi macam lima tahun lepas, you better stop. Sebab aku takkan terpedaya lagi," ujar Minji tegas.
"Hwang Minji, kau tak percaya aku ke?"
"Tak dan takkan!"
Minji yang baru ingin masuk ke kereta itu sekali lagi terbatal niatnya bila Jeno menghalangnya lagi.
"Aku serius kali ni Minji. Kalau kau tak percaya, kau boleh ikut aku esok,
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|