30

165 22 0
                                    

Empat tahun sebelum...

Minho memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Dari penampilannya, jelas sekali dia dari keluarga yang berpangkat tinggi.

"Lee Minho? Kamu anak Jung Eunhui kan?" soal lelaki itu.

Minho mengangguk.

"Tuan ni siapa?"

"Jangan panggil tuan. Panggil Appa," tubuhnya dipeluk lelaki itu.

"Appa?" soalnya keliru.

Selama dia membesar, ini pertama kali dia bertemu insan yang bergelar bapa. Dari kecil, cuma dia dan ibunya sahaja. Namun, dua bulan lepas ibunya meninggal, membuatkan dia terpaksa tinggal di rumah kebajikan di mana ibunya pernah berkerja dahulu.

"Ya, ini Appa. Appa minta maaf sebab datang lambat. Mulai hari ni, kamu tak perlu tinggal dekat sini lagi. Kamu boleh tinggal dengan Appa,"

Dan sejak hari itu, Minho berpindah masuk ke rumah keluarga Lee. Baru dia tahu yang selama ini, bapanya masih hidup. Dan menurut cerita dari kawan ibunya, ibunya dan Tuan Lee merupakan pasangan kekasih suatu masa dahulu.

Namun hubungan mereka tidak direstui kerana ibunya anak yatim yang tidak jelas asal usulnya. Tuan Lee dipaksa berkahwin atas pilihan keluarga. Walaupun begitu, dia tetap berhubungan dengan ibunya. Sehinggalah Minho lahir.

Tetapi, nasib tidak menyebelahinya bila Tuan Lee kemalangan saat Minho berusia setahun. Keluarganya membawanya keluar negara dan memisahkan mereka. Sejak itu, ibunya terpisah dengan Tuan Lee sehinggalah dia pergi buat selamanya.

Nasib Minho di rumah itu, tidak begitu baik. Jeno, yang merupakan anak dari isteri sah bapanya sangat bencikan dirinya. Baginya, ibu Minho punca ibunya tidak bahagia dan perlu meraih kasih sayang suami sendiri.

Semuanya kerana Jeno sendiri membesar dengan melihat betapa dinginnya hubungan ibu dan ayahnya. Bahkan, saat ibunya meninggal akibat kanser yang ditanggungnya pun, Tuan Lee tetap tidak berada di sisi.

Kerana itu dia bencikan Minho. Baginya, jika ibu Minho tidak wujud, pasti bapanya akan bahagia dengan perkahwinan yang dibina.

Minho mengeluh lagi. Dia sendiri bingung dengan nasib dirinya. Jeno terlalu bencikan dirinya. Dia menganggap ibunya perampas sedangkan kalau fikir secara logik, ibu Jeno adalah orang ketiga dalam hubungan orang tua mereka.

Dia tidak pernah membenci Jeno sebagai mana adiknya itu membenci dia. Cuma, dia benci bila Jeno tidak berhenti menghina ibunya.

Kalau ikutkan hati, dia ingin memberi tahu perkara sebenar. Tetapi, dia masih hormat pada bapanya. Baginya, biarlah Jeno bencikan dia. Yang penting, dia tahu ibunya tidak semurah apa yang sering dilabel Jeno.

FeelingsWhere stories live. Discover now