24

146 26 1
                                    

"Kau nampak gelisah je,"

Minho menoleh memandang Seungkwan di sebelahnya.

"Ya ke? Kau salah tengok kut," ujar Minho.

"Tak, aku tak salah tengok. Sebelum ni Miss Taeyeon lepaskan kita lambat kau okay je,"

Minho diam sejenak.

Ada benarnya kata Seungkwan. Itu bukan kali pertama guru Matematik mereka itu melepaskan mereka keluar rehat lambat. Dan dia tidak pernah kisah selama ini.

Cuma hari itu, hari yang sedikit istimewa buatnya. Dia tidak sabar mahu melihat Minji yang sudah mengubah penampilannya. Dari mulut pelajar lain, katanya Minji nampak cantik dengan gaya rambut barunya.

"Kau tak sabar nak jumpa dia kan?" usik Seungkwan.

Minho menahan senyumnya. Dan senyuman itu makin lebar bila Miss Taeyeon sudah bangun dan menutup bukunya sebelum meminta mereka menyiapkan kerja rumah lalu melangkah keluar.

Minho dengan segera menutup buku latihannya dan berdiri.

"Aku pergi dulu!"

Dia berlari keluar dan terus ke tangga untuk ke bumbung sekolah. Tidak dipedulikan pandangan dari pelajar lain.

Sampai sahaja, pintu dibuka olehnya dan dia terpaku buat seketika. Pandangannya jatuh pada seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di tepi kawasan berpagar di atas bumbung itu.

Dari belakang, rambut lurus bewarna hitam separas bahu yang dibiarkan lepas itu beralun lembut ditiup angin.

Minho tersenyum sambil dia kembali melangkah mendekati Minji. Gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Mana dia ni? Takkan tak nak-,"

"Hwang Minji,"

"Argh, kamchagiya!" terjerit kecil Minji bila melihat Minho kini sudah berdiri di sebelahnya.

Minho ketawa suka.

"Jadi, awak dah tunaikan permintaan saya,"

Minji menarik senyum perlahan.

"Mesti lah. Kan saya dah janji," balasnya.

"As expected, awak nampak cantik dengan rambut hitam awak,"

FeelingsWhere stories live. Discover now