Minji memerhatikan penampilan barunya itu di hadapan cermin. Tangannya perlahan menyentuh rambut barunya itu. Perlahan senyuman terukir di bibirnya.
"As expected, awak nampak cantik dengan rambut hitam awak,"
Pujian dari Minho tadi kembali bermain di fikirannya. Seperti biasa, dia menghabiskan waktu rehat bersama lelaki itu lagi. Dalam tidak sedar, sudah hampir tiga bulan dia dan seniornya itu berkawan.
"Cik Minji!"
Ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Dengan malas, dia berjalan ke pintu dan membukanya.
"Tuan panggil makan kat bawah. Encik Minhyun dengan Puan Eunbi pun ada," ujar pembantu rumah.
"Okay,"
Minji mengalah dan keluar. Dia malas mahu bertikam lidah atau menimbulkan amarah bapanya lagi. Selepas kejadian dua minggu lepas, Tuan Hwang ke luar negara atas urusan kerja lebih lama dari biasa. Baru semalam bapanya itu pulang lagi dan Minhyun turut ada bersama.
"Eo, Minji dah tukar rambut?" Eunbi orang pertama yang menegur.
"Cantik adik Oppa," puji Minhyun.
"Duduk. Makan. Appa ada benda penting nak bagitahu," ujar Tuan Hwang.
Minji menarik kerusi di sebelah kiri bapanya dan mula menjamah makanannya.
"Apa yang penting sangat tu?" soalnya.
"Appa dah fikir dan bincang dengan Minhyun. Appa nak kamu sekolah dekat tempat Oppa kamu. Dekat sana, ada Eunbi yang boleh tengokkan kamu," ujar Tuan Hwang.
Suapan Minji terhenti. Sudu diletak di atas pinggan kembali.
"Kalau Minji tak setuju-"
"Minji boleh ke kalau tak setuju?" laju dia memotong ayat abangnya.
"Appa sedar yang selama ni Appa salah sebab abaikan kamu. Appa terlalu sibuk dengan kerja dan abaikan kamu. Bila Appa tengok kamu, Appa akan teringat Omma. Sebab tu Appa tak boleh lama-lama kat rumah. Appa minta maaf,"
Minji berdecit perlahan.
"Pandai Appa cipta alasan," ujarnya perlahan.
"Kamu pergi tinggal dengan Oppa kamu kat sana. Appa akan selesaikan kerja Appa dan serahkan urusan syarikat pada Uncle Kim kamu. Lepas tu, Appa akan ke sana juga. Waktu tu Appa janji, Appa akan tumpukan perhatian pada kamu lagi,"
Minji terdiam mendengar itu. Dia dapat rasakan yang kali ini, bapanya nampak begitu tulus dalam bicaranya.
"Ikut suka Appa lah. Minji ikut je apa yang Appa suka," ujarnya.
Suasana di meja makan kembali senyap sehinggalah Minji menolak mangkuk nasinya yang masih tersisa separuh.
"Minji dah kenyang," dia bangun dan terus berlalu ke tingkat atas dan masuk ke bilik.
Air mata yang ditahan sejak tadi gugur juga. Dia sebenarnya tidak menyangka semua itu akan keluar dari mulut Tuan Hwang.
:::::
Jujur lah, setakat ni cerita ni okay ke?
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|