16

170 21 7
                                    

"Kau nak apa?"

Minji memandang Soojin dan Yiseo yang berada di hadapannya itu. Saat itu, dia sedang mengemas barangnya untuk pulang memandangkan waktu sekolah sudah tamat.

"Kat mana kau beli beg kau ni? Design ni rasanya susah nak dapat," soal Soojin.

Minji memandang beg sekolahnya yang baru digunakan hari itu. Beg berjenama yang dibelikan bapanya setelah pulang dari luar negara minggu lepas. Dia kemudian berdecit perlahan.

"Entah. Appa aku yang belikan," balas Minji malas.

"Bagitahu je lah dekat mana," gesa Soojin.

"Aku dah cakap kan, Appa aku yang belikan! Mana lah aku tahu mana dia beli,"

"Jual pada aku,"

"What?"

"Kau pekak ke? Jual lah pada Soojin. Sebelum ni, kau boleh ke bagi barang branded kau pada kitorang. Tapi, memandangkan sekarang ni kita tak berkawan, so kitorang bayar lah," ujar Yiseo.

"Yaa, beg ni rasanya lebih mahal dari duit belanja bulanan kau. Kau kumpul tiga bulan duit belanja dari Appa kau pun, entah cukup ke tidak nak bayar harga beg ni,"

"Yaa!" Soojin menjerit geram.

"Apa? Betul lah aku cakap. Tapi, tu lah kan. Sebenarnya ni silap aku. Aku yang selalu bagi kau macam-macam. Sampai kau dah tak reti nak ukur baju kat badan sendiri,"

"Kau-," Soojin nampak begitu marah.

"Nak tampar aku? Silakan!"

Panggg!!!

Minji terjatuh akibat tamparan kuat Soojin itu. Hujung bibirnya yang berdarah dikesat sambil dia ketawa sinis.

"Agaknya sebelum Omma kau mati dulu, dia tak sempat nak didik kau! Patutnya dia dah tampar kau dulu sebelum mati!" ujar Soojin.

Mendengar itu, rasa marah Minji muncul. Pantang dia bila perangainya dikaitkan dengan mendiang si ibu.

Panggg!!!
Panggg!!!
Panggg!!!

Tiga kali dia menampar gadis itu kembali. Sehingga Soojin jatuh di lantai. Beberapa pelajar yang masih berada di dalam kelas mulai kecoh.

"Yaa! Kau gila ke?" Yiseo segera membantu Soojin yang sudah kelihatan sangat lemah itu.

"Aku gila ke kawan kau ni gila? Omma siapa yang tak sempat didik anak? Kau ke aku?" jerit Minji.

"Yaa, kau memang-,"

Minji mengelak bila Soojin bangun dan ingin menyerangnya. Menyebabkan Soojin terjatuh lagi. Dan kali ini, lebih parah kerana kepalanya terhantuk pada kerusi milik Minji.

"Yaa, Kim Soojin!"

Automatik seisi kelas menjadi kecoh.

FeelingsWhere stories live. Discover now