Minji mencapai beg sekolahnya sebelum dia keluar dari bilik. Baru sahaja dia ingin terus ke pintu selepas menuruni tangga, namanya dilaung dari meja makan.
"Haish," dengan langkah yang berat, dia ke sana juga.
"Bila Appa balik?" soalnya sambil menarik kerusi.
"Baru sampai tadi," balas Tuan Hwang yang sedang menikmati sarapannya.
"Oh. Bila pula Appa nak pergi lagi? Esok? Atau malam nanti? Ke sekejap lagi?"
"Hwang Minji-,"
"Apa? Salah ke soalan Minji. Appa kan orang paling sibuk dalam negara kita ni," ujar Minji selamba sambil menikmati sandwich.
"Appa kerja untuk kamu. Bukan untuk orang lain," ujar Tuan Hwang.
"Tch, itulah ayat Appa dari dulu. Sibuk kerja untuk Minji dengan Omma. Sampai waktu Omma dah sakit teruk pun, Appa tak temankan dia,"
Tuan Hwang diam. Dia tahu perkara itu tidak akan pernah dilupakan Minji. Bahkan dia sendiri juga tidak mungkin akan melupakan kesalahannya yang satu itu.
"Ahjumma cakap kamu mengamuk semalam. Sebab apa?" soal Tuan Hwang.
"Kalau Minji bagitahu, Appa nak buat apa? Nak cari orang yang buat Minji mengamuk tu ke? Tak kan?"
Tuan Hwang cuba menahan marahnya. Kalau dia marah pun, tidak ada kesannya. Anak gadisnya itu langsung tidak akan mengendahkan amarahnya.
"Minhyun Oppa kamu nak balik minggu depan. Batalkan semua plan kamu. Appa nak kita makan sama-sama kat rumah," pesan Tuan Hwang.
"Tengoklah macam mana," Minji bangun.
"Oppa kamu tu rindukan kamu. Last kamu berjumpa waktu dia kahwin dulu,"
"Tch, siapa suruh dia tinggalkan Minji. Dah lah, Minji pergi dulu,"
Tanpa menunggu balasan dari bapanya dia terus melangkah pergi.
"Cik Minji, masuklah dulu. Ahjussi nak ke tandas sekejap," pemandu keluarganya membukakan pintu kereta buatnya.
Dia mengangguk dan masuk ke kereta. Matanya kemudian jatuh pada kotak rokok yang berada di tempat duduk belakang itu. Pasti milik bapanya yang tercicir di situ.
Minji mengetap bibirnya sebelum dia perlahan mengambilnya dan meletakkannya di dalam poket blazernya.
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|