14

173 23 5
                                    

"Hwang Minji!"

Lengannya ditarik kasar secara tiba-tiba. Dirinya dibawa ke sebuah kelas kosong di hujung blok.

"Apa ni? Sakitlah Jeno!" dia merentap lengannya.

"Kau buat apa pada Soojin?" soal Jeno.

"Buat apa?" soal Minji seperti orang bodoh.

"Kau jangan buat-buat tak faham lah Minji. Ramai yang bising cakap korang bergaduh kat toilet tadi. Kau panggil Soojin apa? Copycat? Kau memang melampau!"

Minji ketawa sinis dan langsung tidak takut dengan marah Jeno itu.

"Yaa!"

"Ah wae?" Minji ikut menaikkan suaranya.

"Kau tahu, Soojin menangis sebab kau? Tak cukup kau panggil dia macam tu, kau hina dia lagi. Mentang-mentang Appa kau kaya, kau perlekehkan Soojin?"

Jeno nampak begitu marah.

"Soojin menangis? Habis tu aku? Kau tak fikir? Bukan setakat menangis, aku meraung macam orang gila merayu supaya kau tak putuskan hubungan kita dulu. Lepas tu, kau boleh declared tentang kau dengan Soojin. Semua kau buat depan kawan-kawan kita. Kau ada fikir perasaan aku waktu tu?"

Kali ini Jeno pula terdiam. Teringat tindakan kejamnya yang memutuskan Minji di hadapan rakan-rakan mereka yang lain. Minji menangis, tetapi tiada seorang pun yang cuba memujuk dia. Semuanya dia lakukan atas permintaan Soojin.

"Benda dah lepas, tak payah lah ungkit,"

Minji tersenyum sinis mendengar itu.

"Yaa, boleh kau bagitahu aku sebab sebenar kau boleh berpaling pada Soojin? Dia bagi apa pada kau? Badan dia?" soal Minji.

"Kalau betul pun kenapa? Soojin tu, jauh lebih open minded dari kau. Kau tu, kononnya budak paling bermasalah dalam sekolah. Ponteng sekolah, lawan cikgu, langgar peraturan. Semua kau buat. Tapi kau kolot, lame. Bercinta, tapi nak sentuh sikit pun tak boleh," kutuk Jeno dengan penuh sinis.

"Mwo?" Minji begitu terkejut dengan penyataan Jeno itu.

"Hwang Minji, aku bagi kau satu lagi peluang. Kau tidur dengan aku, then I'll dump Soojin for you. Then, we'll become the popular couple again. Macam mana? Kau pun mesti belum move on dari aku kan?" Jeno mengusap pipi Minji.

Minji mengetap bibirnya mendengar idea gila Jeno itu. Tangan Jeno ditepis dari menyentuh pipinya.

"Kau ingat aku apa?" soal Minji dengan nada bergetar.

"Jadi kau tak nak? Tawaran ni sekali seumur hidup je aku bagi," bisik Jeno di telinga Minji.

"In your dream Lee Jeno!" tubuh Jeno ditolak kasar.

Kemudian dia terus berlari pergi dari situ. Tangannya memegang kuat tali beg sekolah menahan rasa marahnya.

"Eo Minji yaa, kau nak balik dengan aku?" Sunwoo yang muncul dari arah bertentangan menyoal.

"Yaa!" Sunwoo menahan lengannya.

"Lepaslah,"

"Kau kenapa?" soal Sunwoo risau bila perasan ada kesan air mata di tubir mata Minji.

Minji menggeleng perlahan. Tangannya cuba ditarik lagi.

"Balik dengan aku. Lagipun Omma aku dah lama tak jumpa kau," Sunwoo terus menarik tangan Minji pergi dari situ.

FeelingsWhere stories live. Discover now