09

196 29 9
                                    

"Minji ah!"

Sunwoo akhirnya berjaya menyaingi langkah gadis itu dan menarik bahunya.

"Lepaslah!" jerit Minji kuat sambil menepis tangan Sunwoo.

Saat itu mereka berada di taman permainan tidak jauh dari kafe tadi.

"Yaa, tangan kau tu. Rawat lah dulu. Lepas tu, aku hantar kau balik," ujar Sunwoo.

"Kenapa kau peduli?" soal Minji.

"Yaa, kau sepupu aku! Takkan aku nak biarkan je kau macam ni?"

"Sepupu? Pergi mati dengan hubungan sepupu tu!"

"Yaa!"

"Wae? Kau tahu, kau sepupu paling tak guna. Kau tahu kawan baik kau tu tipu aku hidup-hidup selama ni, tapi kau diam je! Waktu dia malukan aku haritu, kau buat apa?" soal Minji.

"Minji yaa, tentang tu aku minta maaf. Aku—,"

"Maaf kau tak laku lah dekat sini. Sekarang ni baik kau pergi kafe sana balik. Tolong Jeno rawat Soojin. Pergi!"

"Kau ingat aku nak biarkan kau? Kalau Samcheon tahu—,"

"Tengok. Aku dah kata kau sepupu tak guna. Kau risaukan aku sebab kau takut Appa aku tahu dan bagitahu Omma kau kan? Bukan sebab kau betul-betul ambil berat tentang aku,"

Sunwoo terdiam. Selama ini memang dia sering menjaga Minji kerana pesanan ibunya yang tahu bapa Minji iaitu adiknya itu sentiasa sibuk. Jika Sunwoo tidak menurut, wang sakunya akan dipotong.

"Pergilah. Jangan risau tentang aku. Sebab lepas Omma aku pergi, aku dah biasa sorang-sorang,"

Minji meneruskan langkahnya dan nasibnya baik kerana ada teksi yang kebetulan lalu di situ. Dia terus menahannya dan masuk dengan kadar segera.

Setelah sampai di rumah, dia membayar tambang dan keluar lalu dengan laju berlari masuk ke rumah. Masuk sahaja ke bilik, beg miliknya dicampak ke lantai.

Tidak cukup itu, kesemua buku-buku di meja belajar ditolak jatuh. Bingkai-bingkai gambar diatas meja termasuk gambar bersama Sunwoo sewaktu mereka kecil dicampak.

Cuma bingkai gambar dia dan ibunya sahaja diambil dan dipeluk. Tangisan yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah juga.


:::::

Dah lama tak menulis so macam awkward sikit. So far, okay tak? Hehe silalah tinggalkan feedback anda supaya saya rasa lebih bersemangat nak update✌🏻

FeelingsWhere stories live. Discover now