Setahun Kemudian
Minho mengalihkan lengan yang sejak tadi digunakan untuk menutup matanya. Cahaya matahari yang mengenai wajahnya membuatkan matanya sedikit disepetkan sebelum dia bangun dari pembaringannya.
Matanya bergerak memandang kawasan bumbung sekolah itu. Dia kemudian bangun sambil membetulkan uniform sekolah yang terletak di tubuhnya. Kakinya melangkah ke tepi bangunan.
Dia memegang besi penghadang sambil matanya memandang sekitar sekolah yang dapat dilihat dari atas bumbung itu.
"Dah puas tidur?"
Pandangannya dialihkan ke sebelah. Wajah cemberut Minji menyapa pandangannya. Perlahan, dia mengukirkan senyuman.
"Marah ke?" soalnya.
"Tak! Seronok!" Balas Minji sarkastik.
Minho ketawa perlahan.
"Benci lah! Dah lah suruh orang pakai semula uniform sekolah yang dah bertahun duduk dalam almari tu. Lepas tu, ajak orang datang sini. Tapi, dia sibuk tidur," omel Minji.
Entah datang dari mana idea itu, Minho tiba-tiba menelefonnya tengah malam semalam. Lelaki itu meminta dia memakai uniform sekolah lama mereka untuk date mereka pada hari itu.
Mujur sahaja dia masih menyimpan sepasang lagi uniform sekolahnya. Pakaian sekolah yang lain, sudah lama dibuang olehnya.
"Sorry lah sayang. Saya berjaga semalam. Tolong tengokkan baby Jaein," tangan Minji diraih dan dikucup.
"Suka betul eh Jaein tu dengan awak? Sampai dia lagi suka awak jaga dia berbanding Halmeoni dia sendiri," ujar Eunmi.
Lee Jaein. Bayi milik Jeno dan Eunmi yang berusia hampir tujuh bulan. Disebabkan Eunmi menemani Jeno untuk ke luar daerah atas urusan kerja, bayi mereka ditinggalkan di kediaman keluarga Lee.
Semuanya kerana Jaein yang asyik meragam bila dijaga oleh orang tua Eunmi. Tetapi bila di bawah jagaan Minho, bayi perempuan itu langsung berkelakuan baik.
"Nak buat macam mana, saya kan daddy material," Minho tersenyum bangga.
"Tch, menyampahnya," Minji menolak bahu lelaki itu.
"Kalau awak tak percaya, kita boleh buat baby kita. Lepas tu, awak tengok, betul ke tak saya ni ada ciri-ciri bapa yang berjaya?"
"Gatal! Oppa ni betul ke waktu accident dulu takde wayar yang putus? Saya perasan lepas je keluar hospital dulu, makin menjadi-jadi je. Mulut tu main cakap je," sempat tangan Minji mencubit lengan Minho.
"Dengan awak je saya gatal," Minho tersengih.
"By the way, kenapa tiba-tiba ajak saya datang sini? Dengan pakai baju ni, duduk berdua kat sekolah yang takde orang ni,"
Minho tersenyum. Memang sengaja dia mengajak Minji ke situ memandangkan sekarang musim cuti sekolah.
"Saje. Nak mengimbau semula tempat pertama kali kita jumpa. Kat sini lah, saya ternampak budak rambut purple tengah menangis tu,"
"Tch, kan dah cakap, saya tak menangis pun waktu tu!" bentak Minji geram.
"Okay, okay. Awak tak menangis. Awak cuma mengeluarkan air mata je," usik Minho.
Minji memukul bahu lelaki itu perlahan. Geram dengan usikan itu.
"Tapi Oppa, agaknya kan, kalau kita tak jumpa kat sini waktu tu, kita akan ada peluang tak untuk kenal each other?"
Minho bergerak ke belakang Minji dan memeluknya. Dagunya direhatkan di badan gadis itu.
"Entah lah sayang. Tapi, yang penting, kita dah berjumpa pun hari tu. Dan sebab pertemuan tu lah, kita berdua sampai sekarang,"
Minji tersenyum mendengar itu. Tangan Minho yang sedang memeluknya digenggam erat.
"Minji yaa," panggil Minho perlahan.
Dia meleraikan genggaman tangan mereka dan memusingkan tubuh Minji agar menghadap dia.
"Tempat ni istimewa sangat kan?" soalnya lagi.
Minji mengangguk.
"Istimewa sangat,"
Minho tersenyum sebelum tangan Minji dilepaskan. Kemudian, dari berdiri, dia melutut sebelah kaki di hadapam gadis itu. Tangan diseluk ke dalam saku seluar yang dipakainya.
"Hwang Minji, bersaksikan tempat yang istimewa untuk kita ni, saya, Lee Minho nak lamar awak untuk jadi suri yang paling teristimewa dalam hati saya. Sudi tak awak terima perasaan saya ni?"
Minji tergamam melihat Minho yang membuka kotak baldu berisi cincin di hadapannya. Matanya mula berkaca.
"Oppa—,"
"Jawab dulu, sudi atau tak?"
Perlahan Minji mengangguk.
"Ya, Hwang Minji sudi untuk terima perasaan ni dan jadi suri paling teristimewa dalam hati Lee Minho,"
Minho tersenyum dan kembali berdiri. Cincin tadi dikeluarkan lalu disarung pada jari manis Minji. Kemudian pinggang Minji ditarik lebih rapat padanya lalu dahi gadis kesayangannya itu dikucup lama.
"You're the sweetest feelings I know Hwang Minji. I love you,"
"Love you more, Lee Minho,"
~The End~
Took me so long untuk tamatkan fic ni. Thank you pada yang setia menanti update walaupun lambat. Saya hargai sangat-sangat❤️
Thank you for reading<3
YOU ARE READING
Feelings
Fanfiction"You're the sweetest feelings I know," Start|14/11/2022| End|31/12/2022|