64

141 17 8
                                    

"Oppa,"

Minho yang sedang duduk melayan perasaan di kerusi taman permainan itu mengangkat wajahnya. Dia tersenyum nipis ke arah Minji.

"Duduk lah,"

Minji mengambil tempat di samping lelaki itu. Perasaan sayunya muncul saat melihat kaki dan tangan lelaki itu yang masih berbalut.

"Kenapa nak jumpa sekarang? Kenapa tak tunggu Oppa sihat nanti je?" soal Minji.

"Rindu. Tak mampu lah nak tunggu sampai sihat nanti," ujar Minho sambil memandang gadis itu.

Minji terkedu. Setelah apa yang terjadi antara mereka, Minho masih menyimpan rasa rindu buat dia?

"Oppa, Oppa tak lupa kan? Kita berdua dah takde apa-apa?" soal Minji.

Sukar untuk dia mengungkapkan kebenaran itu. Tetapi, itulah hakikat yang harus diterimanya.

"Minji, saya dengan Eunmi dah putuskan pertunangan kami. Jadi saya rasa, kita boleh—,"

"Oppa!" Minji memotong percakapan lelaki itu.

Dia mengetap bibir sambil kedua tangannya digenggam erat.

"Oppa, lepas apa yang jadi, saya tak rasa saya boleh teruskan semua ni," ujarnya perlahan.

"Minji yaa,"

Minji memandang Minho dan air matanya perlahan mengalir.

"Saya rasa saya perempuan yang teruk. Saya sepatutnya percayakan Oppa. Tapi tak, saya tuduh Oppa macam-macam dan langsung tak pedulikan penjelasan Oppa. Saya lebih percayakan apa yang saya nampak dari apa sebenarnya yang terjadi,"

"Sepatutnya, saya percayakan Oppa. Tolong Oppa untuk cari jalan keluar dari masalah yang Oppa tengah tanggung. Tapi saya pilih untuk tinggalkan Oppa tanpa pedulikan perasaan Oppa. Saya rasa teruk sangat,"

Minho mengangkat sebelah tangannya dan jarinya menyeka butiran jernih di wajah gadis kesayangannya itu.

"Minji yaa, awak tak salah. Semua ni salah saya," ujarnya.

Minji laju menggeleng.

"Tak. Saya yang salah sebab pentingkan perasaan saya je. Sepatutnya saya tahu apa yang Oppa rasa waktu tu, lebih teruk dari saya. Saya—,"

Ayat Minji tergantung bila bibir Minho tiba-tiba menempel lembut di bibirnya. Dengan sebelah tangan yang tidak berbalut, lelaki itu menarik pinggang Minji lebih rapat dengannya.

"Berhenti salahkan diri awak Minji," ujar Minho perlahan bila dia kembali menjarakkan bibir mereka.

"Tapi, saya—,"

"Berhenti atau saya yang takkan berhenti cium awak nanti," ugut Minho.

Minji menolak bahu lelaki itu perlahan.

"Oppa ni, tengah sakit pun gatal lagi," kutuk Minji.

"Yang sakit tangan dan kaki saya je. Mulut saya sihat je," balas Minho selamba.

Dan itu berjaya membuatkan Minji ketawa perlahan.

"Tengok, macam ni lah cantik. Tak payah lah menangis lagi," pipi Minji diusap perlahan.

"But still, I'm really sorry,"

Minho mengangguk.

"Dah. Kita lupakan semuanya okay?"

Minji tersenyum sebagai jawapan. Dia merapatkan lagi wajah mereka. Baru sahaja bibir mereka hampir bertemu, bunyi deheman seseorang menghentikan semuanya.

"Mianhei, tapi Hyung, kau tak lupa kan yang kau janji dengan Appa nak keluar sekejap je?"

Jeno muncul di hadapan mereka sambil mengusap belakang lehernya.

"Ah, tentang tu. Minji yaa, mianhei. Saya rasa saya kena balik," ujar Minho serba salah.

"Okay, takpe. Oppa patut berehat," gadis itu tersenyum.

"Takpe Minji, nanti Minho Hyung dah sihat, kau nak ambil dia tak pulangkan semula pun takpe,"

FeelingsWhere stories live. Discover now